Utusan Borneo (Sarawak)

Paru-paru kiri Muhammad Adib tunjuk tanda pulih

-

KUALA LUMPUR: Paruparu kiri anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukka­n tanda- tanda awal pemulihan manakala jantungnya berfungsi sendiri dengan baik, demikian menurut Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Pemuda berusia 24 tahun berkenaan mengalami kecederaan parah selepas dipukul semasa kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya minggu lepas.

IJN berkata Muhammad Adib menunjukka­n perkembang­an yang baik sejak sistem sokongan hayatnya ditukar kepada sistem Veno-Venous ECMO pada 2 Dis lalu.

“Beliau semakin kurang memerlukan sokongan oksigen dan ventilator sejak malam tadi (kelmarin). Beliau boleh menerima makanan menerusi tiub naso-gastric yang menyalurka­n 90 peratus keperluan hariannya,” demikian menurut kenyataan itu.

Bagaimanap­un IJN berkata buah pinggang Muhammad Adib masih memerlukan sokongan mesin dialisis sekalipun parameter darah renal sudah bertambah baik.

“Beliau kini menjalani rehabilita­si pulmonari dan senaman anggota badan dengan ahli fisioterap­i kami,” katanya.

IJN berkata Muhammad Adib dan kedua ibu bapanya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan galakan termasuk doa agar beliau sembuh.

Dilaporkan Muhammad Adib dipukul oleh sekumpulan individu ketika terlibat dalam kerja memadam kebakaran berhampira­n kuil itu pada 27 Nov lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia