Utusan Borneo (Sarawak)

20dB tawar rebat alat bantuan pendengara­n sehingga RM500

-

KUCHING: 20dB, syarikat penyedia bantuan pendengara­n profesiona­l menawarkan rebat alat bantuan pendengara­n sehingga RM500 bergantung kepada model, alat bantuan pendengara­n percuma cubaan sehingga 20 hari dan pemeriksaa­n pendengara­n percuma sempena pembukaan cawangan baharunya di Melaka dan Batu Pahat.

Promosi seluruh negara itu akan berakhir pada 28 Disember ini juga termasuk perundinga­n percuma oleh Audiologi, yang bernilai RM100 pada hari biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 20dB Mok Yong Yaw berkata syarikat itu adalah yang terbesar di Malaysia menyediaka­n alat bantuan pendengara­n, mempunyai lebih 30 Audiologis­t di seluruh negara dan memperoleh pensijilan ISO 9001 2015.

“Sempena pembukaan dua cawangan baharu kami di Melaka dan Batu Pahat, kami menawarkan promosi istimewa di seluruh negara di semua 22 cawangan di seluruh negara,” ujar Mok.

Tambahnya, syarikat itu turut menawarkan teknologi bantuan pendengara­n berkuasa dan canggih termasuk penyambung­an Bluetooth dengan telefon pintar serta boleh dicaj semula kepada pelanggan.

Syarikat itu mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Bukit Mertajam, Alor Setar, Ipoh, Sitiawan, Taiping, Cheras, Petaling Jaya, Johor Bahru, Seremban, Kuantan, Kota Bahru, Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, termasuk dua lagi di Melaka dan Batu Pahat.

Menurut Mok, syarikat itu mula bertapak di Kuala Lumpur pada 2002 dan akhirnya membuka cawangan di Kuching pada 2005, menyediaka­n perkhidmat­an pendengara­n terbaik.

Orang ramai boleh menghubung­i talian bebas tol 1800882032­ataufacebo­okwww. facebook.com/20dBMalays­ia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia