Utusan Borneo (Sarawak)

730 pelajar miskin bandar terima sumbangan McDonald’s

-

KANGAR: Seramai 730 pelajar miskin bandar di Perlis menerima bantuan pek ‘Kembali ke Sekolah’ sebagai persediaan menghadapi sesi persekolah­an awal tahun depan.

Sumbangan untuk para pelajar sekolah rendah itu dikeluarka­n oleh syarikat rangkaian global perkhidmat­an makanan, McDonald’s Malaysia pada majlis yang berlangsun­g di sini malam kelmarin.

Menurut kenyataan McDonald’s Malaysia semalam, syarikat itu menyumbang lebih RM500,000 untuk Perlis melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang berkemampu­an termasuk kepada para pelajar terbabit.

Inisiatif lain ialah sumbangan zakat,dan pelantikan belia asnaf ke program perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s.

Sumbangan disampaika­n Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Azmir berkata, Program Kembali ke Sekolah turut mendapat sokongan francaisi McDonald’s dan rakan-rakan perniagaan McDonald’s.

Lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah daripada golongan miskin bandar di seluruh negara menerima manfaat di bawah program itu membabitka­n kos lebih RM1.7 juta.

Mengenai SLDN, beliau berkta tempoh latihan adalah selama 18 bulan dan para perantis akan menerima latihan praktikal dan pembelajar­an teori di dalam kelas.

Sebaik sahaja menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald’s sepenuh masa.

Sebelum itu, pada sebelah petang pengurusan kanan syarikat itu turut menyertai program ‘ MAIPs Peduli’ bersama Raja Muda Perlis berbasikal di sekitar Kangar bagi mendekati dan menyantuni golongan asnaf. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia