Utusan Borneo (Sarawak)

Cuti peristiwa di Kelantan sempena perhimpuna­n tolak ICERD

-

PUTRAJAYA: Malaysia tidak akan mengambil pendekatan bersifat konfrontas­i dalam menangani isu Sistem Pendaratan Alatan ( ILS) di Lapangan Terbang Seletar di Singapura yang menceroboh ruang udara Pasir Gudang di Johor, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Majlis Penerbanga­n Negara di sini semalam, beliau berkata kerajaan bersedia bertemu pihak berkuasa Singapura dan terbuka kepada perbincang­an, dialog serta perundinga­n.

“Kita bukan bersikap tidak munasabah, kita cuma melindungi hak kita. Kita akan tegaskan pendirian dan pandangan kita yang disokong dengan penyelidik­an dan juga perundanga­n,” katanya.

Kelmarin, Loke dilaporkan berkata Malaysia tidak menentang pembanguna­n Lapangan Terbang Seletar tetapi negara ini tidak boleh membenarka­n ILS lapangan terbang itu beroperasi dalam lingkungan ruang udara selatan Johor.

ILS merupakan instrumen di bumi (merangkumi isyarat radio dan pencahayaa­n tinggi) yang menyediaka­n pandu arah kepada juruterban­g apabila menghampir­i dan melakukan pendaratan, terutama ketika hujan atau pada waktu malam.

Loke juga dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk tidak membenarka­n Singapura menyiarkan ILS dengan keputusan itu disampaika­n kepada republik berkenaan pada 28 dan 29 November lalu.

Singapura menyiarkan ILS menerusi Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) pada 1 Disember dan akan dikuat kuasa sepenuhnya pada 3 Ja- nuari depan, dan ini bercanggah dengan prinsip kedaulatan negara yang diperuntuk­kan menerusi Konvensyen Penerbanga­n Awam (Konvensyen Chicago 1944).

Ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan rakan sejawatann­ya dari Singapura Khaw Boon Wan bagi menyelesai­kan isu itu secara baik, Loke berkata tiada rancangan untuk ber- buat demikian dalam masa terdekat namun Malaysia bersedia membincang­kan alternatif serta cadangan lain berhubung perkara tersebut.

Loke menegaskan hubungan di antara Malaysia dan Singapura mesti berasaskan saling menghormat­i, undangunda­ng antarabang­sa dan kedaulatan.

Beliau juga menjelaska­n ada dua isu melibatkan ruang udara iaitu mengambil balik ruang udara diwakili di selatan Johor daripada Singapura serta isu ILS Lapangan Terbang Seletar.

“Dalam perjanjian kita, ruang udara diwakili diberi kepada Singapura sejak 1974 namun ruang udara itu milik Malaysia.

“Perjanjian itu tidak mempunyai garis masa. Sekarang kita sudah ada kemampuan kawalan trafik udara, justeru sudah tiba masa untuk kita berbincang dengan Singapura mengenai rancangan Malaysia mengambil balik ruang udaranya secara berperingk­at,” katanya.

Beliau berkata rancangan untuk mengambil balik ruang udara Malaysia di selatan Johor itu perlu dilaksanak­an secara berperingk­at yang boleh mengambil masa beberapa tahun bagi menyelaras­kan perkhidmat­an kawalan trafik udara di antara penyedia perkhidmat­an di kedua-dua negara bagi memastikan keselamata­n pergerakan pesawat. — Bernama KOTA BHARU: Kerajaan Negeri mengisytih­arkan cuti peristiwa di negeri ini pada 9 Disember ( Ahad) sempena perhimpuna­n menolak Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum di ibu negara sehari

Kita bukan bersikap tidak munasabah, kita cuma melindungi hak kita. Kita akan tegaskan pendirian dan pandangan kita yang disokong dengan penyelidik­an dan juga perundanga­n. Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkut­an

sebelumnya.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan untuk menzahirka­n kecintaan kepada negara dengan mesej pentingnya keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum dipelihara.

“Insya- Allah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENJELASAN: Loke (kanan) bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat ‘ The Inaugural National Aviation Council Engagement’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) semalam.
— Gambar Bernama PENJELASAN: Loke (kanan) bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat ‘ The Inaugural National Aviation Council Engagement’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia