Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Asli tidak lagi bina sekatan di laluan balak

-

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli yang tinggal di beberapa perkampung­an di sini, kini tidak lagi membina sekatan di laluan lori balak bagi menghalang penceroboh­an tanah adat kaum itu selepas dirobohkan Jabatan Perhutanan Kelantan lebih sebulan lalu.

Tinjauan Bernama mendapati pengguna bebas melalui jalan Pos Tohoi, Pos Pasik dan Pos Bihai apabila tiada lagi sekatan baru dibina di laluan itu dan penduduk juga tidak lagi berkumpul di sekatan berkenaan.

Penghulu Pos Tohoi, Zainal Cali berkata, mereka yang membina sekatan itu sebelum ini kerana dihasut pihak tertentu walaupun tindakan tersebut menyusahka­n banyak pihak termasuk Orang Asli yang tidak terbabit dengan bantahan itu.

Beliau berkata hanya segelintir sahaja Orang Asli yang terbabit dengan perkara itu dan mereka sudah sedar tin- dakan itu membazir masa dan menjejaska­n kehidupan keluarga untuk mencari nafkah hidup.

“Kita sendiri selama ini tidak setuju dengan pembinaan sekatan itu kerana ia boleh menyusahka­n berikutan gangguan pemeriksaa­n ketika dalam perjalanan.

“Malah, kita lihat tidak ada pun desakan menyelesai­kan tanah adat kaum itu dapat diselesaik­an sampai sekarang kerana tindakan itu bukan cara yang terbaik,” katanya.

Zainal mengakui semua penghulu Orang Asli tidak setuju dengan tindakan demikian sebab itu mereka tidak mahu campur tangan dalam segala desakan.

“Kami minta jika ada lagi hasrat kumpulan itu untuk membina semula sekatan selepas ini tidak lagi berbuat demikian,” katanya.

Seorang penduduk Orang Asli, Angah Dolah, 51, menganggap langkah mereka yang berkumpul di tiga sekatan yang dibina sebelum ini sebagai membazir masa dan merugikan masa depan.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri sendiri pun tidak pernah memberi pembelaan terhadap segala tuntutan dan sudah beberapa sekatan dirobohkan.

“Saya lebih awal lagi tidak mahu bersama mereka kerana berdepan banyak masalah dan menyusahka­n diri sendiri serta keluarga,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia