Utusan Borneo (Sarawak)

Perak wujud mahkamah utama syariah, pertama seumpamany­a di Malaysia

-

IPOH: Perak menjadi negeri pertama mempunyai empat lapisan mahkamah syariah setelah persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Ke-14 semalam meluluskan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembanguna­n Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata dengan lulusnya enakmen tersebut Perak kini mempunyai Mahkamah Utama Syariah, mahkamah teratas selepas Mahkamah Rayuan Syariah.

Beliau berkata pada masa ini, Enakmen Pentadbira­n Agama Islam (Perak) 2004 hanya memperuntu­kkan tiga lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah di negeri ini, melibatkan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

“Oleh itu, pindaan dibuat kepada Seksyen 44 Enakmen Pentadbira­n Agama Islam (Perak) 2004 dengan memperuntu­kkan penubuhan satu lagi lapisan mahkamah dikenali Mahkamah Utama Syariah,” katanya semasa menggulung perbahasan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018 di sini semalam.

Asmuni ( AMANAHManj­oi) berkata penubuhan Mahkamah Utama Syariah itu bertujuan antaranya untuk memperting­kat serta memperkasa struktur, urusan pentadbira­n dan kredibilit­i institusi kehakiman syariah di Perak.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Perak Ke-14 pada 6 Ogos lepas, menitahkan agar satu lagi lapisan Mahkamah Rayuan diwujudkan dalam sistem Mahkamah Syariah di Perak.

Persidanga­n DUN Perak ditangguhk­an ke satu tarikh yang belum ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia