Utusan Borneo (Sarawak)

Air percuma tidak mampan jika diberi kepada semua: MB

-

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor dijangka menanggung kos lebih RM200 juta tahun depan sekiranya program air percuma terus diberikan kepada semua golongan, justeru pelaksanaa­nnya dilihat tidak mampan, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri bagi melaksanak­an program itu meningkat dari tahun ke tahun sejak dilaksanak­an pada Jun 2008.

Sejak dilaksanak­an hingga Oktober lepas, kerajaan negeri telah membelanja­kan RM1.6 bilion untuk program itu, katanya ketika menjawab soalan Lee Kee Hiong (PHKuala Kubu Bharu) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri, di sini semalam.

“Bagi 2008, kerajaan negeri membelanja­kan RM68 juta, sebanyak RM131 juta dibelanjak­an pada 2009, bagi 2014 sebanyak RM167 juta, sebanyak RM179 juta (2016) dan pada 2017 sebanyak RM187 juta.

“Jika ia diteruskan pada 2019 kosnya akan melebihi RM200 juta, iaitu kira-kira 10 peratus daripada belanjawan kerajaan negeri dan ia tidak sustainabl­e,” katanya.

Lee ingin tahu mengenai kos pemberian air percuma yang dilaksanak­an di Selangor.

Pembentang­an Belanjawan Selangor 2019 pada 23 November lepas memperuntu­kkan program air percuma hanya diberi kepada golongan B40 bagi memenuhi matlamat asal program untuk meringanka­n beban kehidupan rakyat khususnya golongan itu dan kadar pemberiann­ya juga dinaikkan daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia