Utusan Borneo (Sarawak)

City melebarkan kelebihan lima mata berbanding Liverpool di singgahsan­a liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Watford

-

LONDON, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, meminta pasukannya untuk belajar dari penamat mendebarka­n selepas memenangi perlawanan Liga Perdana yang ketujuh berturuttu­rut dengan menewaskan Watford 2- 1, sekali gus menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan lima mata berbanding Liverpool di singgahsan­a liga Selasa lepas.

Gol City dihasilkan dalam kedua- dua babak dengan Leroy Sane membuka jaringan dalam separuh masa pertama sebelum Riyad Mahrez menambah jaringan pada awal separuh masa kedua.

Bagaimanap­un, walaupun menguasai hampir sepanjang permainan, City berdepan dengan ke- bangk i t a n l e w a t Watford selepas Abdoulaye Doucoure merapatkan kedudukan ketika berbaki lima minit permainan.

“Kami mempunyai pandangan pada saat akhir di mana apa sahaja boleh berlaku,” kata Guardiola. “Saya fikir kami bermain dengan terbaik sehingga 65- 70 minit permainan.

“Selepas mendahului 2-0, kami hilang sedikit penguasaan bola. Kami sedikit terjejas tetapi itu lumrah dalam bola sepak.

“Kami harus belajar dari apa yang berlaku pada 20- 25 minit terakhir perlawanan.”

Guardiola melakukan enam pertukaran dari kes- ebelasan utama walaupun turut kehilangan Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne kerana kecederaan.

N a - mun City m a s i h t e r l a l u kuat untuk pasukan tuan rumah dengan Watford juga berterima kasih kepada penjaga golnya, Ben Foster untuk tidak kalah sehingga 0- 6 dan 0- 5 pada kunjungan terakhir City di Vicarage Road. “A p a - bila saya datang ke London, saya fikir Big Ben berada di bandar raya ini tetapi tidak, beliau untuk Watford,” kata pengurus Watford, Javi Garcia.

Bagaimanap­un, Watford juga mempunyai peluang untuk menembusi pertahanan City yang ternyata merasai ketiadaan Aymeric Laporte ketika pemain antarabang­sa Perancis itu direhatkan buat kali pertama dalam liga musim ini.

“Ia menarik untuk beraksi gaya lama dalam Liga Perdana, sebaik sahaja mereka menjaringk­an gol, rembatan jarak jauh mula kerap dilakukan, mereka cukup lasak di bahagian serangan,” kata kapten City, Vincent Kompany.

Pada perlawanan lain, Bournemout­h memintas Manchester United ke tangga keenam liga selepas menewaskan Huddersfie­ld 2- 1 menerusi gol awal Callum Wilson dan Ryan Fraser, sekali gus menamatkan empat kekalahan berturuttu­rut.

“Satu kelegaan. Ia bukan aksi yang menarik tetapi pada 2- 0, anda fikir anda boleh meneruskan keyakinan tetapi Huddersfie­ld juga beraksi dengan baik dan mencipta banyak peluang. Kami bertahan dengan sangat bagus sekali,” kata pengurus Bournemout­h, Eddie Howe.

Brighton juga melonjak ke atas pertengaha­n liga selepas menewaskan Crystal Palace 3- 1 walaupun bermain hampir satu jam dengan 10 pemain selepas Shane Duffy dibuang padang.

Gol kemenangan Brighton dijaringka­n Glenn Murray, Leon Balogun dan Florin Andone dalam separuh masa pertama.

Kebangkita­n mini West Ham berterusan apabila menjaringk­an tiga gol dalam tempoh 12 minit dalam separuh masa kedua untuk menewaskan Cardiff City 3- 1. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERTEMBUNG­AN SENGIT: Foster (kanan) mempamerka­n ketangkasa­nnya ketika berdepan Mahrez (dua kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Vicarage Road, Watford Selasa lepas.
— Gambar AFP PERTEMBUNG­AN SENGIT: Foster (kanan) mempamerka­n ketangkasa­nnya ketika berdepan Mahrez (dua kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Vicarage Road, Watford Selasa lepas.
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia