Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Falcao pastikan Monaco keluar dari zon penyingkir­an

-

PARIS, Perancis: Radamel Falcao menjaringk­an dua tendangan penalti ketika Monaco menewaskan Amiens 2- 0, sekali gus melangkah keluar dari kelompok bawahan Ligue 1 Perancis Selasa lepas.

Penyerang antarabang­sa Colombia itu pernah dua kali gagal menyempurn­akan tendangan penalti musim ini tetapi tenang menyempurn­akan penalti pertama pada minit ke- 43 selepas Emil Krafth mengasari Benoit Badiashile.

Pemain pertahanan Amiens, Bakaye Dibassy, kemudian mengasari Falcao pada minit ke-90, membolehka­n kapten Monaco itu menyempurn­akan penalti kedua pada minit kecederaan.

Henry berkata beliau tidak terlalu gembira dengan keme- nangan pasukannya itu.

“Dari pihak kami, semua dari segi cara kami bermain tidak begitu luar biasa tetapi kami bertahan. Nasib baik Falcao ada ketika kami memerlukan­nya,” kata Henry.

“Kami harus tidak terlampau gembira, kami perlu terus berusaha dan menggunaka­n aspek positif dari setiap perlawanan untuk memberi inspirasi kepada kami,” tambah beliau.

Kemenangan membolehka­n Monaco naik ke tangga ke-17 liga, di hadapan Dijon dan Amiens dengan perbezaan gol dan mengesahka­n perubahan kelab sejak di bawah bimbingan Henry dalam beberapa minggu yang lalu.

Pada perlawanan lain, Nicolas Pepe menjaringk­an gol ke-10 liga beliau musim ini untuk membantu Lille kembali ke tangga kedua liga selepas menewaskan Montpellie­r 1-0. Kekalahan menyebabka­n Montpellie­r tercicir ke tangga ketiga.

Pepe menyempurn­akan hantaran lintang Jonathan Ikone seawal minit keenam ketika Lille menamatkan empat perlawanan tanpa menang.

Nice melanjutka­n rekod tanpa kalah kepada enam perlawanan selepas seri tanpa jaringan dengan Angers di tempat sendiri.

Penjaga gol Angers, Ludovic Buttelle, dibuang padang pada minit akhir, memaksa pemain tengah, Baptiste Santamaria ditugaskan di pintu gawang selepas Angers menggunaka­n kesemua tiga kuota pemain gantian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK BERI PELUANG: Falcao (duak kiri)diasak oleh dua pemain pertahanan Amiens ketika bersaing pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Licorne, Amiens Selasa lepas.
— Gambar AFP TIDAK BERI PELUANG: Falcao (duak kiri)diasak oleh dua pemain pertahanan Amiens ketika bersaing pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Licorne, Amiens Selasa lepas.
 ??  ?? LOFTUS-CHEEK
LOFTUS-CHEEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia