Utusan Borneo (Sarawak)

Sarri tidak akan ‘lepaskan’ Loftus-Cheek

-

LONDON, England: Pemain tengah, Ruben Loftus-Cheek adalah penting untuk Chelsea dan tidak akan meninggalk­an kelab pada pasaran perpindaha­n pemain bulan Januari walaupun melihat peluangnya beraksi dalam kesebelasa­n utama musim ini semakin berkuranga­n, kata pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.

Pemain berusia 22 tahun – yang menyerlah bersama skuad kebangsaan England di Piala Dunia 2018 – dimasukkan sebagai pemain gantian dan menjaringk­an gol ketika Chelsea menewaskan Fulham 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Bagaimanap­un, penampilan beliau dalam kesebelasa­n utama hanya dalam kejohanan Liga Europa dan beberapa kelab dikaitkan dengan perpindaha­n beliau di mana kelab Crystal Palace dikatakan berminat untuk mendapatka­n beliau untuk kontrak pinjaman selepas menyerlah bersama mereka pada musim lepas.

Kelab lain yang turut berminat ialah Bournemout­h, yang membeli beberapa pemain Chelsea musim lepas seperti Nathe Ake, selain kelab West Ham, Newcastle dan kelab dari Jerman, Schalke 04.

Bagaimanap­un, Sarri - di mana pasukannya menentang Wolverhamp­ton Wanderers semalam (Rabu) – merosakkan harapan semua kelab-kelab yang berminat Selasa lepas. “Tidak,” kata beliau apabila ditanya pada satu sidang media sehari sebelum perlawanan tentang sama ada Loftus-Cheek akan meninggalk­an kelab. “Saya mahu beliau terus kekal. Saya fikir tiada peluang beliau akan pergi.” Sarri – yang merasai kekalahan pertama beliau pada musim sulung di Chelsea – juga berazam untuk mengekalka­n dua pemain veteran, David Luiz dan Cesc Fabregas. Kontrak kedua-dua pemain ini akan berakhir pada p e n g - h u j u n g musim ini dan ada masalah tem- poh kontrak dalam lanjutan kontrak baharu yang ditawarkan.

“Kelab mahu kontrak jangka pendek dan pemain mahukan kontrak lebih lama,” kata Sarri.

“Jadi ia sukar dalam hal ini. Saya fikir pada akhirnya, kami boleh mencari penyelesai­an.”

Sarri, yang sebelum ini membimbing pasukan Serie A Itali, Napoli sebelum menggantik­an Antonio Conte di Stamford Bridge, berkata beliau telah membawa isu kontrak itu kepada pengurusan tertinggi kelab bulan lepas.

“Ia sangat sukar untuk mencari seorang pemain pertahanan tengah untuk peringkat tertinggi bola sepak,” kata beliau.

“Dan ia sangat sukar untuk mencari seorang pemain tengah dengan teknikal yang sangat bagus seperti Fabregas. Jadi saya fikir mereka harus terus kekal bersama kelab.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? SARRI
SARRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia