Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjur Terbuka Australia sahkan hampir semua pemain terbaik dunia akan beraksi di Melbourne

-

MELBOURNE, Australia: Serena Williams akan beraksi di Terbuka Australia buat kali pertama sejak muncul juara pada 2017, di mana beliau hamil lapan minggu ketika itu, menurut pengesahan penganjur kejohanan Grand Slam itu Rabu lepas dan juga dengan hampir semua 100 pemain terbaik dunia akan b e r k a m - pung di Melbourne Park.

I a t e r -

Serena Williams, ketika ini berada di ranking ke- 16 dunia, akan membuat kepulangan di Melbourne buat kali pertama selepas memenangin­ya pada 2017 ketika hamil lapan minggu. Craig Tiley Penganjur Terbuka Australia

masuk dua pemain yang kerap cedera, Rafael Nadal dan Andy Murray. Williams kembali beraksi selepas melahirkan anak untuk melangkah ke final Wimbledon dan Terbuka Amerika ( AS) tahun ini tetapi mengalami kekal a h a n mengecewak­an yang menyebabka­n beliau gagal menambah koleksi 23 kejuaraan Grand Slam setakat ini. Penganjur Terbuka Australia berkata beliau adalah antara penyertaan untuk kejohanan Grand Slam pertama tahun hadapan ketika beliau cuba menyamai rekod Margaret Court dengan 24 kejuaraan Grand Slam.

Penampilan beliau akan merupakan penampilan pertama beliau sejak ‘mengamuk’ ke arah umpire perlawanan ketika tewas di final Terbuka AS kepada Naomi Osaka, yang menyelubun­gi kemenangan bersejarah pemain dari Jepun itu.

Selepas insiden itu, Roger Williams berkata Williams “bersikap keterlalua­n”.

“Serena Williams, ketika ini berada di ranking ke-16 dunia, akan membuat kepulangan di Melbourne buat kali pertama selepas memenangin­ya pada 2017 ketika hamil lapan minggu,” kata penganjur kejohanan, Craig Tiley.

Federer juga akan kembali untuk mempertaha­nkan kejuaraan, bersama-sama pesaing utama, Novak Djokovic.

Caroline Wozniacki akan mempertaha­nkan kejuaraann­ya dalam bahagian wanita.

Penganjur berkata 102 pemain teratas ranking wanita dan 101 ranking lelaki telah mengesahka­n mereka akan beraksi.

Hanya seorang pemain dalam senarai 100 teratas wanita yang tidak akan beraksi ialah Agnieszka Radwanska dari Poland, yang mengumumka­n persaraann­ya baru-baru ini.

“Ia sentiasa istimewa untuk melihat juara bertahan – Caroline memenangi kejuaraan Grand Slam pertama beliau di sini awal tahu dan beliau pastinya bersemanga­t untuk mempertaha­nkannya pada tahun hadapan,” kata Tiley.

“Dan sudah pasti Roger Federer mempunyai kenangan istimewa di Melbourne, selepas memenangin­ya enam kali, sesuatu yang hanya mampu dilakukan oleh Novak dan Roy Emerson sebelum ini.

“Saya sentiasa berhubung dengan Rafa dan beliau sudah kembali ke tahap kecergasan sepenuhnya selepas menamatkan musim tidak lama selepas Terbuka Perancis dan beliau tidak sabar untuk tiba di Australia,” tambah beliau. — AFP

 ??  ?? SERENA
SERENA
 ??  ?? MURRAY
MURRAY
 ??  ?? NADAL
NADAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia