Utusan Borneo (Sarawak)

Jurulatih baharu AS akan terapkan gaya menyerang

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Jurulatih AS, Greg Berhalter, berkata Selasa lepas di mana beliau akan menerapkan gaya menyerang bola sepak apabila tugas rasmi beliau bermula bulan hadapan dengan satu perlawanan persahabat­an antarabang­sa menentang Panama.

Berhalter, yang dinamakan sebagai jurulatih baharu AS Ahad lepas selepas pencarian begitu lama oleh Persekutua­n Bola Sepak AS (USSF), diperkenal­kan secara rasmi pada satu sidang media di sini Selasa lepas.

Jurulatih berusia 45 tahun itu diberikan tugas membina semula pasukan selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Berhalter berkata selepas melihat prestasi pasukan dalam tempoh tahun lepas – apabila skuad dibimbing jurulatih sementara, Dave Sarachan – beliau berasa yakin dengan bakat yang sedia ada untuk membina pasukan yang berjaya.

“Saya tidak fikir ia bersesuaia­n untuk bercakap tentang kegagalan silam,” kata beliau.

“Tetapi sepanjang tahun lepas, saya melihat sekumpulan pemain muda berbakat, satu kumpulan dengan potensi. Saya melihat sekumpulan pasukan yang memerlukan pembanguna­n dan arah tuju. Dan apabila saya melihat keseluruha­n skuad, ada kualiti di sana.”

Bekas pemain pertahanan antarabang­sa AS itu, yang pernah beraksi dalam dua edisi Piala Dunia, berkata beliau akan menggalakk­an pasukannya melakukan pendekatan agresif.

“Idea ialah kami adalah pasukan yang sentiasa menyerang, yang sentiasa mahu mewujudkan peluang menjaringk­an gol dengan mengucar-kacir rentak lawan,” kata Berhalter.

Perlawanan pertama Berhalter sebagai jurulatih rasmi AS ialah menentang Panama di Glendale, Arizona pada 27 Januari, diikuti satu lagi perlawanan persahabat­an menentang Costa Rica di San Jose, California pada 2 Februari.

“Keutamaan pertama saya ialah mengenali pemain,” kata Berhalter. “Apa yang saya fokuskan ialah bagaimana kami boleh melakukan lebih bagus lagi – membentuk satu budaya pasukan, jangkaan dan gaya permainan. Saya tahu ia adalah satu cabaran tetapi saya juga tahu ada kualiti dalam kumpulan ini.”

USSF dikritik teruk kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengenal pasti Berhalter sebagai orang yang akan membawa pasukan ke hadapan.

Proses pemilihan bermula dengan senarai 33 calon tempatan dan antarabang­sa, yang dikurangka­n kepada 11 sebelum akhirnya lima calon terbaik.

Berhalter dipilih dari panel tiga senarai pendek.

Presiden USSF, Carlos Cordeiro mempertaha­nkan proses pemilihan yang lama dan berasa yakin Berhalter adalah orang yang tepat untuk tugas ini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia