Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan UEFA berhubung dakwaan salah laku FFP, Guardiola harapkan penyelesai­an segera

-

WATFORD, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berharap satu penyelesai­an segera kepada siasatan badan induk bola sepak Eropah (UEFA) berhubung dakwaan salah laku Kewangan Bersih (FFP) yang dilakukan oleh juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu akan menamatkan segala spekulasi.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin berkata selepas satu mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif UEFA Isnin lepas di mana satu badan bebas akan menyiasat dakwaan dibuat oleh sebuah majalah dari Jerman, Der Spiegel sebagai sebahagian dari kempen Football Leaks, akan memberikan jawapan “dengan segera”.

Laporan Selasa lepas mendakwa City mungkin akan digantung dari Liga Juara-Juara dari musim hadapan jika didapati bersalah.

Guardiola menegaskan berita itu tidak mengganggu fokus pemainnya ketika menewaskan Watford 2-1 dalam aksi Selasa lepas untuk mengukuhka­n kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Ing- geris.

Bagaimanap­un, beliau berharap untuk pengakhira­n apa yang beliau gambarkan sebagai “suara” menyelubun­gi perniagaan kelab.

“Jika UEFA mendapati sesuatu, kelab akan membuat kenyataan dan saya mahu melakukann­ya kerana kami akan tahu apa sebenarnya berlaku dan menamatkan semua suara-suara ini,” kata Guardiola.

“Kami akan tahu jika kami melakukan sesuatu yang salah dan jika kami tidak melakukan sesuatu yang salah, orang harus berhenti bercakap mengenainy­a.”

Ia mendakwa City melepasi peraturan FFP, yang direka khas untuk menghadkan kerugian kelab dan kerana itu mampu berbelanja besar untuk membeli dan membayar gaji pemain, dengan membolehka­n penaja yang berpusat di Abu Dhabi menyalurka­n wang.

Sebagai salah seorang keluarga di raja Abu Dhabi, Sheikh Mansour, yang membeli City sejak 2008, mengubah kelab dengan melabur berbilion pound untuk pemain dan kemudahan kelab. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia