Utusan Borneo (Sarawak)

SCA anjurkan ‘SCA Road Race Kriterium & TTT 1.0’ pada 16 Dis

-

KUCHING: Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak ( SCA) akan menganjurk­an ‘ SCA Road Race Kriterium & TTT 1.0 2018’ pada 16 Disember ini bertempat di Perkaranga­n Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Perlumbaan itu dianjurkan menerusi kerjasama Persatuan Berbasikal Bahagian Kuching ( KDCA), Persatuan Berbasikal Bahagian Samarahan ( SaCA) dan Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC).

Menurut kenyataan dari SCA semalam, aktiviti akan dimulakan dengan pelepas kayuhan mesra ( VIP Lap) bermula jam 6.40 pagi.

Ia disusuli dengan pelepasan kategori Remaja Lelaki A ( 15- 17) jam 7.30 pagi dan Remaja Lelaki B ( 18- 21) jam 8.30 pagi.

Perlumbaan akan diteruskan dengan pelepasan kategori Veteran Lelaki jam 9.30 pagi dan Master Lelaki jam 10.40 pagi.

Pada jam 11.30 pagi, kategori Terbuka Wanita & XXL bermula manakala jam 12.30 akan dilepaskan kategori Terbuka Lelaki dan Terbuka Sarawak.

Kategori terakhir Ujian Masa Berpasukan akan bermula jam 2.30 petang.

Majlis penyampaia­n hadiah akan diadakan sekitar jam 4.45 petang.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Setiausaha Kehormat SCA Ahmad Jumry Kassim di talian 0198881414.

Mereka yang berminat juga boleh mendapatka­n borang dari mana-mana premis basikal di sekitar Kuching dan Kota Samarahan atau mendaftar secara atas talian di https://goo.gl/forms/ZxALGumqaa­xfMt7g1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia