Utusan Borneo (Sarawak)

Menyerlah di Kapit, Ho berpotensi pergi lebih jauh

-

SIBU: Desmond Ho Liang Hong berjaya menyumbang­kan dua pingat emas untuk pasukan Sibu pada Kejohanan Memanah Sarawak Ke-14 di Kapit, minggu lepas.

Pelajar berusia 14 tahun dari SMK Tiong Hin itu memperoleh­i pingat emas menerusi acara ‘ Recurve Men Open’ dan ‘Recurve Youth.’

D a l a m ‘ R e c u r v e Men Open,’ Ho berjaya menewaskan peserta SUKMA 2018 dari Perak, Liew Yu Wui untuk memenangi acara terbabit.

Bagi acara ‘Recurve Youth,’ beliau mendapat 559 mata menewaskan pencabar terdekat, Kong Ze Liang yang mengumpul 543 mata dan Liew 529 mata.

Setiausaha Persatuan Memanah Sarawak Bahagian Sibu (PEMASA Sibu) Eric Tiong berkata, kejayaan Ho membukti persatuan telah berjaya melahirkan seorang peserta yang berkeboleh­an dan berdaya saing.

“Kita percaya lebih banyak bakat baharu dapat dilahirkan selepas ini memandangk­an kita akan berusaha dengan lebih agresif ke arah itu,” ujarnya.

Tiong yang juga jurulatih PEMASA Sibu menyifatka­n Ho mampu melangkah lebih jauh untuk bergelar sebagai seorang juara.

Ho sebelum ini pernah mengambil bahagian dalam Kejohanan Memananah Antara Sekolah di Kelantan pada Ogos e lepas dan berjaya mendapat tempat keempat.

Sejak itu, beliau telah mengasah bakat dan teknik di lapangan memanah mi- lik PEMASA Sibu di Jalan Lanang.

Menyentuh mengenai kejohanan di Kapit itu, Tiong berkata, PEMASA Sibu menghantar enam peserta yang telah berlatih bersungguh- sungguh bagi memenangi pingat.

Majlis penutup kejohanan disempurna­kan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan.

 ??  ?? PEMANAH HARAPAN: Ho (dua kiri) menunjukka­n pingat emas dan sijil yang diterima daripada Snowdan (dua kanan) sambil diperhatik­an oleh Liu (kiri) dan Tiong (kanan).
PEMANAH HARAPAN: Ho (dua kiri) menunjukka­n pingat emas dan sijil yang diterima daripada Snowdan (dua kanan) sambil diperhatik­an oleh Liu (kiri) dan Tiong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia