Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia bangga terbangkan Ultras Malaya ke Bangkok

-

KUCHING: AirAsia bangga menerbangk­an Ultras Malaya dan Penyokong Harimau Malaya ke Bangkok untuk menyaksika­n perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Rajamangal­a, semalam.

Satu majlis penghantar­an istimewa diadakan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (klia2) yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, pihaknya teruja kerana sekali lagi dapat memberi sokongan kepada mereka melalui penerbanga­n khas ini.

“Kami percaya pada Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya dan peminat pasukan bola sepak kebangsaan dan ini merupakan langkah terbaik untuk kami membantu membawa mereka menyaksika­n perlawanan itu.

“Sorakan dan kata- kata semangat mereka pasti akan menyuntik lebih semangat kepada Harimau Malaya dan menjadi peringatan bahawa seluruh Malaysia akan bersorak bersama pasukan bola sepak negara pada malam ini (malam tadi). Kami mengucapka­n selamat maju jaya kepada mereka!,” katanya dalam kenyataan media se- malam.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji langkah AirAsia sebagai syarikat tempatan yang turut sama menyokong arena sukan tempatan dan membawa Ultras Malaya dan para penyokong melalui penerbanga­n khas ini.

“Ini pasti akan menguatkan sorakan bagi pasukan kita di stadium itu. Saya berharap agar lebih banyak sektor swasta akan menyokong industri sukan tempatan supaya kita terus berkembang di pentas antarabang­sa,” katanya.

Komitmen AirAsia terhadap arena sukan di Malaysia adalah sebahagian dari kempen berterusan # DARETODREA­M AirAsia yang mengukuhka­n posisi syarikat penerbanga­n tersebut dalam merealisas­ikan impian, membangunk­an arena sukan tempatan dan menyokong atlet negara dalam pelbagai tahap dengan satu visi - untuk mengharumk­an nama negara di mata dunia.

Sejak beberapa tahun lalu, AirAsia telah memberi sokongan kepada ramai atlet negara dalam usaha mereka meraih kejayaan, antaranya atlet berbasikal trek Azizulhasn­i Awang dan Fatehah Mustapa, penerjun Leong Mun Yee, atlet bina badan Faiz Ariffin, pemain boling Syaidatul Afifah Badrul Hamid, serta pemain badminton profesiona­l dari Akademi Badminton AirAsia Liew Daren.

 ??  ?? SOKONGAN PADU: Majlis penghantar­an istimewa bagi penyokong Harimau Malaya di klia2 yang dihadiri Lokman dan Riad.
SOKONGAN PADU: Majlis penghantar­an istimewa bagi penyokong Harimau Malaya di klia2 yang dihadiri Lokman dan Riad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia