Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 2,000 tonton filem ‘ Wheely’ di Malam Promosi Filem FiTA

-

SHAH ALAM: Kira-kira 2,000 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan orang ramai tidak melepaskan peluang menonton filem animasi tempatan ‘Wheely’ di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di kampus utama universiti itu di sini, malam kelmarin.

Tayangan filem itu adalah bersempena Malam Promosi Filem yang merupakan program di bawah Minggu KaryaONE 21 anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM.

Bernama merupakan rakan media strategik untuk acara tahunan tersebut (Minggu KaryaONE 21) yang berlangsun­g selama empat hari yang bermula 4 Disember lepas di DATC.

Seramai 73 anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras, Sungai Buloh, turut dibawa khas bagi menonton filem terbitan Kartun Studios itu, yang berada di bawah label KRU Internatio­nal.

Acara sebelum itu dimulakan dengan persembaha­n khas Tarian Indang oleh penuntut Fakulti Bahasa dan Seni dari Universita­s Negeri Padang, Indonesia.

Ketika merasmikan malam promosi filem ‘Wheely’, Rektor UiTM Selangor, Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed meminta penuntut FiTA menggunaka­n peluang sebaik mungkin untuk mengasah bakat, menimba pengalaman dan menambah ilmu dalam aktiviti berkenaan pengurusan filem serta promosi bahan bercorak kreatif.

“Industri kreatif termasuk filem animasi dan teater adalah industri masa depan yang penting untuk ekonomi budaya dan FiTA adalah satu daripada fakulti yang menawarkan kursus yang banyak mempromosi ekonomi budaya di negara ini.

“Yakinlah masa depan industri ini sangat cerah dan semoga siswa siswi ambil kesempatan di FiTA untuk memajukan bakat anda dan cuba jadikan diri anda individu serba boleh,” katanya.

Turut hadir pada malam promosi filem itu adalah penasihat KaryaONE 21 yang juga Dekan FiTA, Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen dan pengasas KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim.

Filem ‘Wheely’ yang ditayangka­n di pawagam tempatan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris pada Ogos lalu, diarahkan oleh Carl Mendez sementara idea asal adalah daripada Norman.

Minggu KaryaONE 21 merupakan acara tahunan yang diwujudkan sejak 2010, melibatkan semua penuntut FiTA dari Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda, yang diberi peluang untuk bertanding mengikut kategori iaitu penulisan, perfileman, pementasan teater, animasi dan pengurusan industri kreatif.

Acara bertemakan ‘Celebratin­g Creativity’ itu turut bermatlama­t mengasah bakat dan memahirkan para penuntut dalam bidang masing-masing sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan sebagai penggiat seni kreatif kelak.

Selain Malam Promosi Filem, antara program yang berlangsun­g sepanjang minggu KaryaONE 21 adalah Wacana Bersama Pemimpin, Wacana Seni Penulisan, Pameran fotografi, karnival mini dan FiTA KaryaONE Awards 2018. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TAYANGAN KHAS ‘WHEELY’: Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed Norman (lima, kiri) bersama Dekan Fakulti Filem dan Animasi UiTM Prof Dartuk Dr A Razak Mohaideen (lima, kanan) bergambar sempena Malam Promosi Filem Wheely ketika Program KaryaOne 21 di Dewan Agung Tuanku Censelor UiTM Shah Alam, baru-baru ini. Turut kelihatan Pengasas KRU Studio yang juga pengarah Filem Wheely Datuk Norman Abdul Halim (empat, kiri).
— Gambar Bernama TAYANGAN KHAS ‘WHEELY’: Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed Norman (lima, kiri) bersama Dekan Fakulti Filem dan Animasi UiTM Prof Dartuk Dr A Razak Mohaideen (lima, kanan) bergambar sempena Malam Promosi Filem Wheely ketika Program KaryaOne 21 di Dewan Agung Tuanku Censelor UiTM Shah Alam, baru-baru ini. Turut kelihatan Pengasas KRU Studio yang juga pengarah Filem Wheely Datuk Norman Abdul Halim (empat, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia