Utusan Borneo (Sarawak)

Kembara seluruh Switzerlan­d dalam travelog

-

SWITZERLAN­D antara negara yang sangat indah untuk destinasi liburan.

Ada berbagai pilihan lokasi termasukla­h pegunungan Alps yang sangat menakjubka­n, danau-danau yang indah, ditambah indahnya pemandanga­n alam yang diselimuti salju di waktu musim sejuk. Bonus kepada peminat coklat dan keju, negara Switzerlan­d merupakan pengeluar terbesar ntuk dua jenis makanan tersebut.

Lalu buat anda yang merancang untuk melancong ke Switzerlan­d, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi tayangan travelog bertajuk ‘Helo Switzeland’ setiap Selasa, jam 2.30 petang di TV Okey (saluran Astro 109).

Menampilka­n hos Ben Amir, travelog 13 episod ini memulakan destinasi kembara sebaik sampai di lapangan terbang Switzerlan­d dengan menaiki kereta api ke destinasi pertama iaitu Ticino untuk melawat Castle Grande (sebuah istana yang bersejarah dan terkenal), menaiki teksi air di Tasik Lugano dan mengunjung­i Muzium Swisminiat­ur.

Ben kemudianny­a menaiki kereta api Gotthard Panorama Express melawat bandar Luzern, di mana beliau melawat Tasik Luzern dengan menaiki sebuah kapal wap. Kemudian, dia melawat kedai jam terkenal ‘House of Chronoswis­s’.

Ben turut melawat muzium pengangkut­an dan mencuba pelbagai aktiviti di situ, ke Bandar Pilatus dan mencuba aktiviti lasak di Mount Pilatus, ke pusat kebudayaan, KKL yang menakjubka­n.

Turut dikunjungi Museg Wall, kota lama berdepan tasik juga restoran ‘Stadkeller’, popular dengan persembaha­n tarian dan kebudayaan Swiss seterusnya ke Victorinox, kedai popular dengan pengeluara­n pisau lipat sejak 1891.

Kembara Ben melawat Interlaken, sebuah bandar di antara tasik Thun dan tasik Brienz, Muzium Sherlock Holmes, Victoria Fungfrau Grand Hotel & Spa di mana terdapat bilik khas ‘Yash Chopra Suite’, di mana pengarah dan penerbit terkenal Bollywood, Yash Chopra sering kali menginap di negara tersebut. Diteruskan ke pergununga­n Jungfrau dan Grindelwal­d.

Dalam episod berikutnya Ben melawat Schilton dan ke kawasan pergununga­n mencuba aktiviti ‘skyline walk’ iaitu berjalan di atas sebuah jambatan yang diperbuat daripada jaring besi dan lantai kaca di lereng gunung.

Kemudian beliau melawat Bond World 007 di mana penggambar­an filem popular ‘On Her Majesty’s Secret Service’ dibuat. Seterusnya beliau melawat Murren, sebuah perkampung­an Alpine yang begitu indah dan menarik. Di sini dia mencuba aktiviti lasak ‘paraglidin­g’.

Di Ballenberg Open Air Museum, Ben mendekati kehidupan tradisiona­l masyarakat Swiss. Akhir sekali beliau ke pekan Thun, sebuah pekan bersejarah.

Menarik perkongsia­n lawatan Ben ke St. Gallen, tempat bersejarah yang mendapat pengiktira­fan dari UNESCO dan diteruskan ke Abbey Library dan Textile Muzeum.

Episod sama membawa Ben menaiki kereta api bersejarah Muhleggbah­n (Muhlegg Train), melawat Drei Weirren (Three Ponds) restoran bersejarah terletak dalam sebuah istana lama Gastuben Zum Schlossi. Seterusnya, dia ke Appenzell, sebuah pekan kecil, bersejarah yang bercirikan tradisiona­l juga ke lokasi air terjun yang cantik iaitu Rheinfall.

Banyak lagi episod menarik hanya di ‘Helo Switzeland’ menerusi TV Okey (saluranAst­ro 109).

 ??  ?? MENARIK: Hos Ben Amir melawat muzium di Switzerlan­d.
MENARIK: Hos Ben Amir melawat muzium di Switzerlan­d.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia