Utusan Borneo (Sarawak)

Konflik dalam telemovie di TV1, 15 Disember

-

MENGAJAK penonton berfikir identiti penculik dan pembunuh sebenar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangka­n telemovie bertajuk ‘Kekasih di Kala Maghrib’ arahan pelakon Rusdi Ramli pada 15 Disember ini, jam 3.05 petang di TV1.

Ceritanya tentang Dinda, seorang gadis yatim piatu, pekerja di kedai menjual bunga dan dia diminati oleh Fikri, penyelia barunya.

Satu hari mereka berdua pergi menghantar bunga ke rumah pelanggan kedai.

Dalam perjalanan mereka, kereta Fikri terlanggar Pian yang sedang berjoging di tepi jalan. Pian adalah seorang pelajar yang murung kerana kematian seorang sahabat pelajar kolej sekelas dengannya bernama Farid.

Sejak dari hari itu, Dinda selalu menerima pesanan SMS dan mengadakan ruang chatting di Facebook dengan seorang misteri dengan nama ‘Kekasih Maghrib’.

Malah Dinda juga selalu menerima sejambak bunga ros putih daripada Kekasih Maghribnya. Dinda fikirkan yang Kekasih Maghrib misterinya adalah Fikri kerana dia tahu Fikri gemar bermain dengan Facebook dan meminati dirinya.

Dinda dihubungi Kakasih Maghrib untuk berjumpa di satu tempat. Dinda pergi ke lokasi dan pada waktu yang sama, Fikri juga pergi dengan sejambak ros putih. Setelah mereka bersoal jawab, Dinda mendapati bahawa Fikri bukanlah Kekasih Maghribnya.

Apabila dia pulang dan melihat komputerny­a, Dinda mendapat tahu bahawa Kakasih Maghrib memarahi dan menuduhnya curang. Dinda menerima SMS daripada Kekasih Maghrib yang ingin berjumpa.

Setelah Dinda mengikuti arah yang Kekasih Maghrib nyatakan, tempatnya adalah pusara Farid. Fikri yang kurang senang, pergi ke rumah Dinda dan mendapati rumahnya berselerak dan Dinda tiada di dalam rumahnya.

Fikri yang mengesyaki Pian, pergi ke rumahnya dan bertanya kepada nenek Pian. Setelah mendapat cerita, baharulah Fikri tahu keadaan Pian sebenarnya. Lalu mereka membuat laporan polis.

Pian telah menculik dan mengikat Elina, bekas kekasih Farid dan Dinda, di dalam sebuah rumah lama. Dia tidak puas hati dengan Elina kerana telah menyebabka­n kematian Farid, kawan baiknya. Dia juga mengikat Dinda kerana telah curang terhadapny­a, selaku Kekasih Maghrib. Ikuti kesudahan konflik dalam telemovie ini di TV1.

Telemovie menarik ini menampilka­n barisan pelakon seperti Ezzaty Abdullah, Zain Saidin, Zaharil Adzim, Miera Liyana dan Aman Nasim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia