Utusan Borneo (Sarawak)

Didakwa terima habuan, naib presiden Ecuador meletak jawatan

-

QUITO: Naib presiden Ecuador meletak jawatan kelmarin ekoran dakwaan oleh seorang bekas pembantu bahawa beliau menerima habuan ketika beliau menjadi penggubal undang-undang lima tahun lalu.

Maria Alejandra Vicuna mengumumka­n peletakann­ya dalam Twitter, dan berkata negara Amerika Selatan itu tidak wajar mengalami “ketidaksta­bilan” yang disebabkan oleh krisis tersebut.

Ia berlaku sehari selepas Presiden Lenin Moreno menjauhkan diri dan menggantun­gnya daripada jawatan naib presiden untuk memberi masa kepadanya untuk melawan dakwaan.

Di Ecuador, naib presiden hanya boleh dipecat menerusi proses pendakwaan dalam dewan negara, yang pada minggu lepas menyeru kepadanya untuk meletak jawatan.

Vicuna memegang jawatan tersebut hanya lebih setahun sahaja. Beliau menggantik­an calon gandingan Moreno, Jorge Glas, yang didapati bersalah dan dipenjara selama enam tahun kerana pembabitan­nya dalam skandal rasuah besar- besaran Odebrecht.

Dakwaan terhadap Vicuna datang daripada seorang bekas pembantu, Angel Sagbay, yang menyatakan pada minggu lepas bahawa ketika beliau bekerja sebagai penasihat Vicuna pada 2012 dan 2013, beliau kerap menyimpan deposit ke dalam akaun bank Vicuna – berjumlah kira-kira AS$ 20,000 ( RM80,000) – yang beliau dakwa adalah rasuah.

Pendakwa raya sedang menyiasat dakwaan rasuah itu dan Vicuna berkata beliau yakin beliau akan dibersihka­n oleh mahkamah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia