Utusan Borneo (Sarawak)

Tatkala kumpulan itu menghadapi perbicaraa­n berhubung rapat umum besar-besaran pada 2014

-

HONG KONG: Seorang kardinal yang lantang di Hong Kong semalam mempertaha­nkan aktivis prodemokra­si terkemuka yang menghadapi perbicaraa­n berhubung rapat umum besar-besaran pada 2014 yang melumpuhka­n beberapa bahagian di bandar raya itu, dan memuji komitmen mereka kepada protes aman.

Joseph Zen, bekas Uskup Hong Kong, terkenal kerana tentangan beliau yang lantang terhadap penindasan politik di China serta sokongan beliau kepada pembaharua­n demokratik.

Dalam keterangan­nya sebagai saksi, beliau berkata beliau percaya keingkaran sivil adalah “pendekatan yang munasabah” dan rasa “malu” kerana beliau tidak mengalami semburan lada dan gas pemedih mata yang dihadapi ramai penunjuk perasaan.

Rapat umum itu diadakan selama 79 hari dan menjadi tumpuan berita antarabang­sa tetapi pada akhirnya gagal untuk memenangi reformasi politik.

Profesor sosiologi, Chan Kin-man, 59, profesor undang- undang Benny Tai, 54, dan gembala Baptis, Chu Yiu-ming, 74, menghadapi perbicaraa­n atas tuduhan mengganggu ketenteram­an awam berhubung peranan mereka dalam protes Pergerakan Payung.

Mereka mengasaska­n pergerakan ‘ Occupy Central’ pada 2013, dan menuntut penaklukan daerah perniagaan di Hong Kong jika rakyat tidak diberi undi adil bagi pemimpin bandar raya itu, yang dilantik oleh sebuah jawatankua­sa yang pro-Beijing.

Kempen mereka diatasi satu pergerakan pelajar yang meledak pada tahun berikutnya apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke atas orang ramai yang berhimpun dan menggunaka­n payung untuk melindungi diri sendiri.

Zen berkata beliau berpendapa­t penggunaan gas oleh polis untuk meleraikan orang ramai adalah “tidak bijak- sana” dan bimbang ia akan meniupkan lagi kemarahan orang ramai.

“Lalu saya mengambil alat pembesar suara dan berkata ‘mari balik, kita sudah menang, jangan tinggal di sini. Kerajaan tidak rasional, mereka menggunaka­n keganasan’. Tetapi malangnya tidak ramai orang mendengar saya,” katanya.

Zen memberitah­u mahkamah tentang dedikasi tiga defendan terbabit kepada prinsip protes aman.

“Keingkaran sivil berlaku kerana sejak sekian lama, ketidakadi­lan dalam masyarakat masih tidak dapat diperbetul­kan. Maka itu saya berpendapa­t keingkaran sivil adalah satu pendekatan yang munasabah.”

Beliau turut menceritak­an bagaimana beliau membincang­kan kebimbanga­nnya dengan ketua-ketua ‘Occupy’ berhubung bagaimana protes itu akan berkembang.

“Ia seperti pelajar yang mengetuain­ya tetapi seakanakan tidak dapat mengawal situasi. Ia nampaknya seperti ketiga-tiga defendan tidak ada peluang lagi untuk memberikan pendapat mereka,” katanya.

Pihak pendakwaan berkata protes besar-besaran itu menyebabka­n “kecederaan umum dilakukan kepada orang ramai” yang terjejas disebabkan oleh sekatan jalan utama.

Defendan Chan Kin-man memberitah­u mahkamah pada minggu lepas bagaimana ketiga- tiga mereka cuba menyampaik­an keinginan mereka bagi pilihan raya yang kompetitif dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, ketika itu ketua setiausaha, sebelum rapat umum besar-besaran berlaku.

Namun, daripada mengadakan perbincang­an, Lam “hanya berulang kali meminta kami untuk menamatkan pergerakan ini secepat mungkin”.

Ketiga-tiga lelaki adalah antara sembilan defendan prodemokra­si yang menghadapi tuduhan kerana peranan mereka dalam protes berkenaan.

Jabatan keadilan sudah mendakwa aktivis terkemuka dari protes pada 2014, dan ada yang turut dilarang daripada bertanding untuk jawatan manakala aktivis lain dibuang dari dewan perundanga­n.

Kebanyakan mereka yang didakwa setakat ini adalah aktivis muda, tetapi sekarang ia adalah giliran generasi lebih tua dengan idea asal untuk menunjuk perasaan di jalanan bagi menuntut sistem lebih adil yang menjadi pelopor bagi rapat umum yang berlaku. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? EVAKUASI: Orang ramai berhimpun di luar sewaktu evakuasi gempa bumi di Noumea, New Caledonia semalam dalam imej pegun ini yang yang diperolehi dari media sosial.
— Gambar Reuters EVAKUASI: Orang ramai berhimpun di luar sewaktu evakuasi gempa bumi di Noumea, New Caledonia semalam dalam imej pegun ini yang yang diperolehi dari media sosial.
 ?? — Gambar AFP ?? AKTIVIS PRODEMOKRA­SI: Dalam gambar yang diambil pada 19 November 2018, Chu (dua kiri), Tai (tengah) dan Chan (dua kanan) serta aktivis prodemokra­si lain melaungkan slogan sebelum mereka memasuki Mahkamah Majistret Kowloon Barat di Hong Kong.
— Gambar AFP AKTIVIS PRODEMOKRA­SI: Dalam gambar yang diambil pada 19 November 2018, Chu (dua kiri), Tai (tengah) dan Chan (dua kanan) serta aktivis prodemokra­si lain melaungkan slogan sebelum mereka memasuki Mahkamah Majistret Kowloon Barat di Hong Kong.
 ??  ?? ZEN
ZEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia