Utusan Borneo (Sarawak)

Panama anugerah projek jambatan AS$1.4 bilion kepada konsortium China

-

NOUMEA: Gempa bumi berukuran 7.5 yang cetek dan kuat berlaku di perairan New Caledonia semalam yang mendorong amaran tsunami dan evakuasi di pulau Pasifik itu, kata pihak berkuasa.

Tiada laporan segera diterima mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu tetapi Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata ombak telah “diperhatik­an” dan dapat mencapai ketinggian tiga meter.

Penduduk New Caledonia, yang terletak ke utara New Zealand, menerima teks pesanan segera yang mengarahka­n mereka untuk pergi ke tempat perlindung­an dengan segera.

“Kami mengaktifk­an penggera amaran di sepanjang pantai timur dan semua pulau Loyalty,” kata Eric Backes, selaku pengarah jabatan pertahanan awam di pulaupulau tersebut, kepada radio tempatan.

“Orang harus menjauhkan diri dari kawasan pantai dan pergi ke kawasan tinggi atau pergi ke pusat evakuasi yang ditubuhkan dalam setiap masyarakat.”

Basile Citre, seorang pegawai perbandara­n di Pulau Mare, berkata situasi di sana setakat ini terkawal.

“Saya dalam mesyuarat di dewan bandar dan kami merasai sedikit gegaran dan kemudian gegaran yang lebih besar,” katanya kepada AFP.

“Bangunan bergegar, tetapi tiada kerosakan berlaku. Apabila penggera berbunyi, populasi pergi ke kawasan lebih tinggi untuk keselamata­n. Buat masa sekarang, tiada perkara serius yang telah berlaku.”

Pakar seismologi Geoscience Australia yang memantau kejadian itu berkata satu pengukur arus di Pulau Mare, pulau kedua terbesar di Kepulauan Loyalty, telah mencatatka­n isyarat bagi ombak setinggi 43 sentimeter.

“Berdasarka­n perkara itu, kita boleh katakan bahawa gempa bumi ini telah menjana tsunami, tetapi kita tidak tahu impaknya dan sejauh mana ia akan pergi di atas darat,” kata pakar seismologi Spiro Spiliopoul­os kepada AFP.

Penggera tsunami tidak segera diaktifkan di Vanuatu – atau di Fiji di mana mereka menguji sistem amaran tsunami pada awal minggu ini dan beberapa masyarakat tepi pantai boleh dilanda ombak tsunami.

Seorang jurucakap bagi balai cerap bahaya geografi di Vanuatu berkata pulau Tanna yang diduduki sedikit orang dijangka paling teruk terjejas tetapi tiada evakuasi diarahkan.

“Tiada penggera di Tanna tetapi orang di pulau itu biasa dengan situasi ini dan mereka pasti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan pergi ke kawasan lebih tinggi,” katanya kepada AFP.

Pusat gempa berada kirakira 300 kilometer ke timur ibu kota New Caledonia, Noumea, tetapi gegaran itu begitu kuat sehinggaka­n pakar berkata ombak tsunami kecil mungkin kelihatan sejauh Antartika dan Rusia.

“Ombak tsunami berbahaya diramalkan bagi beberapa pantai,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik, selepas amaran awal bahawa zon bahaya termasuk “pantai yang terletak dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa bumi”.

Tiada laporan segera diterima mengenai kematian dalam gempa bumi awal dan menurut model Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, kerosakan daripada gempa itu dijangka minimum dari segi kehilangan nyawa.

Ketika beberapa gegaran susulan berukuran 5.9 dirasai, rakaman kamera litar tertutup menunjukka­n orang masih bermandi-manda dalam laut jernih perairan Noumea, seakan- akan tidak sedar tentang keseriusan ancaman di pantai lain, hanya 50 kilometer dari sana.

Sementara itu jabatan hal ehwal luar Australia memberi amaran kepada warganya di New Caledonia untuk pergi ke tempat selamat.

New Caledonia, dengan populasi seramai 269,000 orang, merupakan sebuah wilayah Perancis di Lautan Pasifik. — AFP KOTA PANAMA: Kerajaan Panama kelmarin menganuger­ahkan kontrak bernilai AS$1.4 bilion (RM5.6 bilion) kepada sebuah konsortium dari China untuk membina sebuah jambatan merentasi Terusan Panama, sehari selepas lawatan oleh Presiden Xi Jinping.

Jelajah itu merupakan sebahagian daripada usaha China untuk mengembang­kan pengaruh politik dan ekonomi di Amerika Latin.

“Panama sedang maju ke hadapan dalam hubunganny­a dengan China dan tidak syak lagi projek ini yang memulakan pembinaann­ya pada hari ini adalah sebahagian daripada mesej itu dan kepercayaa­n antara kedua-dua negara,” kata Presiden Panama, Juan Carlos Varela.

Tempahan itu akan membolehka­n sebuah konsortium yang dipanggil Panama Cuarto Puente, yang terdiri daripada China Communicat­ions Constructi­on Company (CCCC) dan unitnya China Harbour Engineerin­g Company (CHEC), untuk mereka bentuk dan membina sebuah jambatan merentasi Terusan Panama.

Bidaan kumpulan itu mengatasi syarikat lain dari Sepanyol, Itali, Korea Selatan dan China.

Ia merupakan salah satu projek pembinaan terbesar dalam sejarah Panama.

Sewaktu lawatannya, Xi dan Varela menandatan­gani puluhan perjanjian kerjasama pembanguna­n, pelanconga­n dan infrastruk­tur untuk menjadikan Panama negara pertama di Amerika Latin yang bekerjasam­a dengan inisiatif pembanguna­n gergasi ‘Belt and Road’ Beijing yang bernilai berbilion dolar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TINGKAT KERJASAMA: Xi (dua kiri) dan Varela melambai ke arah wartawan sambil diapit oleh isteri masing-masing Peng Liyuan (kiri) dan Lorena Castillo (kanan) di hadapan kapal kontena Chinese Cosco Shipping Rose di Cocoli yang baharu dirasmikan di Terusan Panama pada 3 Disember lepas.
— Gambar AFP TINGKAT KERJASAMA: Xi (dua kiri) dan Varela melambai ke arah wartawan sambil diapit oleh isteri masing-masing Peng Liyuan (kiri) dan Lorena Castillo (kanan) di hadapan kapal kontena Chinese Cosco Shipping Rose di Cocoli yang baharu dirasmikan di Terusan Panama pada 3 Disember lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia