Utusan Borneo (Sarawak)

Askar AS dihukum penjara 25 tahun kerana sokong ISIS

-

LOS ANGELES: Seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang berpangkal­an di Hawaii kelmarin dijatuhi hukuman penjara selama 25 tahun kerana cuba memberikan sokongan kepada kumpulan Negara Islam yang turut dikenali sebagai ISIS.

Ikaika Erik Kang, 35, yang dijatuhi hukuman tersebut sebagai sebahagian daripada persetujua­n rayuan, juga akan diletakkan di bawah pembebasan yang diselia sekurangku­rangnya selama 20 tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.

“Kang berikrar untuk mempertaha­nkan AS sebagai anggota tentera kita, tetapi dia mengkhiana­ti negara dengan menjanjika­n taat setia kepada ISIS dan cuba memberikan sokongan kebendaan kepadanya,” John Demers, penolong ketua peguam bagi keselamata­n negara, menyebut dalam satu kenyataan.

Menurut pihak berkuasa, Kang, seorang sarjan dalam angkatan tentera AS, mula bersimpati dengan ISIS sekurangku­rangnya pada awal 2016 dan kerap menonton video dakyah yang diterbitka­n dalam talian oleh kumpulan pengganas itu selain menyuaraka­n keinginan untuk menjadi seorang anggota.

Pendakwa berkata dia bercakap secara terperinci tentang melakukan keganasan khusus termasuk melancarka­n serangan di perhimpuna­n awam seperti Perarakan Natal Honolulu dan merancang serangan bunuh diri di berek tentera.

Pada Jun dan Julai tahun lepas, dia berjumpa dengan ejen FBI yang menyamar sebagai orang yang ada hubungan dengan ISIS dan menyediaka­n mereka dengan bahan sensitif.

Dia turut membekalka­n ejen tersebut dengan sebuah dron udara kecil dan kelengkapa­n serta pakaian ala tentera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia