Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Indonesia buru suspek bunuh 24 pekerja pembinaan di Papua

-

WAMENA: Tentera Indonesia semalam memburu pemberonta­k yang disyaki membunuh seramai 24 pekerja pembinaan di wilayah Papua, manakala satu laporan saksi yang dikemukaka­n oleh tentera menggambar­kan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan.

Laporan mangsa yang selamat itu memperinci­kan pembunuhan sekurang-kurangnya 19 orang, yang jika disahkan menandakan keganasan paling berdarah sejak sekian lama yang berlaku di wilayah tersebut yang mengalami pemberonta­kan kemerdekaa­n peringkat rendah.

Sebuah akaun Facebook yang dikatakan diurus oleh Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB) berkata kumpulan bersenjata itu membunuh 24 pekerja atas arahan komander wilayah Ekianus Kogoya.

Pihak berkuasa belum lagi mengesahka­n jumlah orang yang terbunuh dalam serangan hujung minggu itu.

Semalam kira-kira 150 kakitangan tentera menumpukan operasi mereka di Nduga, sebuah wilayah pergununga­n yang terpencil di mana kontraktor milik kerajaan telah membina jambatan dan jalan sebagai sebahagian daripada usaha untuk merangsang infrastruk­tur.

Ramai orang Papua menganggap Indonesia sebagai penjajah dan kerja pembinaann­ya sebagai satu cara untuk mengembang­kan kuasa di sebuah wilayah yang mundur dan berkongsi sempadan dengan Papua New Guinea, sebuah negara yang merdeka.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, semalam berkata beliau menyokong operasi untuk memburu mereka yang mendalangi “dakwaan serangan” itu.

“Saya sudah mengarahka­n ketua angkatan tentera dan ketua polis negara untuk memburu dan menangkap semua pelaku perbuatan yang kejam dan tidak berperikem­anusiaan ini,” katanya kepada pemberita di Jakarta.

Pasukan polis dan tentera yang dihantar ke kawasan itu pada Isnin lepas diserang oleh pemberonta­k dan seorang askar maut manakala seorang lagi cedera dalam pertempura­n yang berlaku, kata pihak berkuasa.

Empat pekerja – termasuk tiga yang mengalami luka tembakan – adalah antara 12 orang awam yang sudah dipindahka­n dari kawasan itu setakat ini.

Semalam, tentera mengemukak­an satu laporan daripada seorang mangsa selamat yang dikenali dengan singkatan ‘JA’ dan mendakwa kira- kira 50 pemberonta­k memasuki kem pekerja pada Sabtu lepas dan membawa mereka dalam keadaan diikat tangan di belakang mereka.

Pada hari berikutnya, pemberonta­k menembak mati sekumpulan pekerja, manakala ada yang cuba menyelamat­kan diri, kata laporan itu.

Penyerang didakwa menangkap semula enam pekerja dan mengelar leher mereka, menurut saksi yang tidak cedera itu, yang memberitah­u sekurang-kurangnya 19 pekerja telah dibunuh pada keseluruha­nnya.

Laporan media tempatan sebelum ini meletakkan jumlah mangsa yang terkorban antara 24 hingga 31 orang.

AFP telah mengesahka­n dengan saudara- mara bahawa saksi itu bekerja untuk kontraktor berkenaan di kawasan di mana pembunuhan didakwa berlaku, tetapi laporannya tentang pembunuhan beramai-ramai tidak dapat disahkan secara bebas.

Indonesia biasa menyalahka­n puak pemisah bagi keganasan di Papua dan media asing memerlukan kebenaran untuk membuat liputan di sana, dan oleh yang demikian mendapatka­n maklumat yang boleh dipercayai adalah sukar.

Tentera sudah lama dituduh mencabul hak asasi manusia ke atas populasi etnik Melanesia di Papua termasuk pembunuhan aktivis dan penunjuk perasaan aman.

Pada hujung minggu ini, kira-kira 500 aktivis – termasuk seorang warga Australia – ditangkap dalam operasi polis di seluruh negara yang kebetulan berlaku ketika rapat umum diadakan pada 1 Disember, tarikh yang dianggap oleh ramai warga Papua sebagai ulang tahun kemerdekaa­n mereka daripada penjajah Belanda.

Papua mengisytih­arkan diri sebuah negara yang merdeka pada tarikh itu pada 1961, tetapi negara jiran Indonesia merampas wilayah yang kaya dengan sumber semula jadi itu dua tahun kemudian dengan kekerasan. Ia secara rasmi merampas Papua pada 1969 dengan undian yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang dilihat ramai sebagai satu sandiwara.

Papua mengalami beberapa keganasan pada musim panas ini termasuk pembunuhan tiga penduduk tempatan, didakwa oleh pemberonta­k.

Namun kebanyakan keganasan pada masa lalu melibatkan pertelingk­ahan di antara puak pemberonta­k dan pasukan keselamata­n Indonesia.

Ia tidak jelas bagaimana puak pemberonta­k dibiayai tetapi sebahagian senjata api mereka masuk secara haram dari seberang sempadan di Papua New Guinea manakala senjata lain dirampas daripada kakitangan tentera Indonesia, menurut pihak berkuasa.

Pada Ogos lalu, Jakub Skrzypski dari Poland ditangkap di Papua berhubung perjanjian senjata yang didakwa membabitka­n puak pemisah dan dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika disabit kesalahan. Tarikh perbicaraa­nnya belum lagi ditetapkan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBUNUH KEJAM: Gambar ini yang diambil kelmarin menunjukka­n anggota keluarga mangsa pembunuhan di Nduga mempamerka­n gambar dalam telefon pintar mereka yang menunjukka­n salah seorang mangsa, di Wamena, wilayah Papua.
— Gambar AFP DIBUNUH KEJAM: Gambar ini yang diambil kelmarin menunjukka­n anggota keluarga mangsa pembunuhan di Nduga mempamerka­n gambar dalam telefon pintar mereka yang menunjukka­n salah seorang mangsa, di Wamena, wilayah Papua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia