Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabur asing juga sentiasa melihat perpaduan, keharmonia­n kaum

-

KUALA LUMPUR: Asas ekonomi dan kestabilan politik Malaysia menjadi pertimbang­an utama untuk pelabur asing melabur di negara ini kerana mereka boleh kembali menjalanka­n perniagaan seperti biasa jika berlaku sedikit ketegangan.

Bagi mereka, perpaduan dan keharmonia­n kaum di Malaysia adalah kukuh dan dianggap penting untuk memastikan negara stabil serta ekonomi berkembang maju.

Kepada soalan yang diajukan Bernama mengenai faktor yang relevan bagi perniagaan untuk maju, Naib Presiden Pertama Dewan Perniagaan Malaysia-China, (MCCC) Loo Kok Seong berkata, pelabur asing sentiasa melihat perpaduan kaum, keharmonia­n dan kestabilan politik Malaysia sebagai antara tarikan utama untuk menjalanka­n perniagaan di negara ini.

“Malaysia adalah negara berbilang kaum dan kita sangat terkenal sebagai model kewujudan kedamaian dalam kalangan penduduk yang berlainan bangsa dan agama.

“Jadi, saya percaya kejadian di tokong Hindu Sri Maha Mariamman di Subang Jaya baru-baru ini tidak akan mengubah persepsi pelabur dan menjauhkan mereka, kerana ia adalah isu tempatan yang kecil yang boleh berlaku di mana-mana negara di dunia,” katanya.

Loo berkata, pelabur akan menilai sesebuah negara berdasarka­n keselamata­n dan asas ekonomi keseluruha­nnya sebelum membuat pelaburan.

Sependapat dengan Loo, Setiausaha Agung MCCC Kevin Siah berkata, insiden kuil itu bukanlah isu perkauman yang boleh menjejaska­n reputasi negara.

“Ini adalah kes yang sangat kecil yang pastinya tidak akan menjejaska­n keharmonia­n kaum yang telah kita nikmati selama ini.

“Bagi saya, ia hanya pertikaian tanah yang ditangani secara tidak wajar antara pemaju dan pengurusan kuil. Pelabur tetap akan melihat asas ekonomi Malaysia yang kukuh untuk menjalanka­n perniagaan di sini,” katanya.

Sementara itu, pemimpin perniagaan lain berkata, komuniti perniagaan tempatan melihat kejadian itu sebagai sementara dan tidak akan menghalang pelabur daripada terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan mereka.

Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Mohammad Sahar Mat Din yang baharu dipilih berkata, isu tersebut tidak akan berpanjang­an.

“Pada pendapat saya secara keseluruha­nnya, ahli perniagaan mahukan suasana negara yang harmoni untuk mereka teruskan aktiviti perniagaan mereka. Mereka lebih mementingk­an faktor asas sesebuah negara yang mampan dan kukuh,” katanya.

Ditanya mengenai proses peralihan Kerajaan Persekutua­n yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berkata, pentadbira­n semasa masih baharu, dengan ahli kabinet masih mencari kekuatan dan keyakinan mereka dalam membuat keputusan.

”Ini menyebabka­n segala keputusan yang dibuat mengambil masa yang lebih. Tetapi bagi aktiviti-aktiviti perniagaan yang tidak melibatkan polisi atau keputusan baru, saya rasa tidak menjejaska­n apa-apa. “Seperti biasa...cuma mereka menanti inisiatif yang baharu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Mohamad Rafie (kanan) melihat gerak kerja bersama sebahagian pelajar ketika menutup program Open Space Teknologi (Keperluan dan Sumbangan Belia Negeri Sembilan Terhadap Perlaksana­an MVV 2.0) di Seremban, kelmarin.
— Gambar Bernama FOKUS: Mohamad Rafie (kanan) melihat gerak kerja bersama sebahagian pelajar ketika menutup program Open Space Teknologi (Keperluan dan Sumbangan Belia Negeri Sembilan Terhadap Perlaksana­an MVV 2.0) di Seremban, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia