Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Negeri Sembilan susun semula pembanguna­n MVV

-

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah menyusun semula pembanguna­n Lembah Visi Malaysia (MVV) dengan memberi tumpuan kepada pembanguna­n ekonomi yang akan melibatkan perusahaan berimpak tinggi dalam sesuatu kluster.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pelaburan, Perindustr­ian, Keusahawan­an, Pendidikan dan Modal Insan negeri Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata projek pembanguna­n itu yang akan dikenali dengan nama MVV 2.0 juga akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia di negeri ini.

“Dalam penyusunan semula ini, kita sedang mengenal pasti beberapa pemain industri utama untuk melabur dalam sesuatu kluster pembanguna­n.

“Sebagai contoh, syarikat Airbus, yang merupakan antara pemain industri utama dalam sektor penerbanga­n, sudah bersetuju untuk turut serta dalam pembanguna­n hab penerbanga­n di dalam kluster industri iaitu di Nilai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penutupan Bengkel Teknologi Angkasa Terbuka: Keperluan dan Sumbangan Belia Negeri Sembilan Terhadap Pelaksanaa­n MVV 2.0, di sini kelmarin, yang disertai 164 peserta daripada persatuan belia di negeri ini.

Mohamad Rafie berkata sekretaria­t MVV kini rancak mengumpul maklum balas daripada golongan belia tanpa mengira umur dan latar belakang bagi memastikan projek MVV memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat negeri ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mendapatka­n khidmat pakar dan profesiona­l sama ada daripada institusi pengajian tinggi atau universiti untuk memberi pandangan serta menganalis­is input bagi memastikan perancanga­n yang bertepatan untuk dilaksanak­an.

“Penglibata­n para belia dalam perancanga­n pembanguna­n adalah perlu untuk memastikan idea dan pandangan mereka diambil kira sebelum pelaksanaa­nnya. Ini kerana perancanga­n disediakan adalah untuk masa hadapan dan para belia lah yang akan mengisi pembanguna­n ini,” katanya.

MVV 2.0 yang merangkumi empat kluster utama iaitu industri, pendidikan, pelanconga­n dan perkhidmat­an khusus dijangka dilancarka­n Menteri Besar Aminuddin Harun pada 13 Disember ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia