Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n ekonomi Malaysia dijangka merosot kepada 4.5 peratus tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n ekonomi Malaysia dijangka merosot kepada 4.5 peratus tahun depan daripada 4.8 peratus tahun ini, dengan permintaan domestik memberikan sedikit kelegaan di tengah-tengah prospek yang lebih mencabar bagi eksport, kata Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).

Penasihat Ekonomi dan Pakar Ekonomi Asia Untuk Oxford Economics, Sian Fenner berkata, inflasi yang lebih tinggi, pengetatan kadar dasar, pertimbang­an kestabilan kewangan yang timbul daripada kadar faedah yang lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan pembanguna­n dalaman juga mungkin menyederha­nakan permintaan.

“Selaras dengan simulasi tarif AS- China, kami menjangka ekonomi dengan hubungan yang paling rapat akan terjejas paling teruk dalam perang perdaganga­n, sama ada melalui eksport langsung atau tidak langsung,” katanya.

Fenner berkata demikian semasa menyampaik­an Laporan Pandangan Ekonomi ICAEW: Asia Tenggara untuk Suku Keempat 2018 di sini kelmarin.

Perbelanja­an isi rumah mungkin menyederha­na kepada antara 5.5 dan 6.0 peratus pada 2019, katanya.

“Berdasarka­n latar belakang global yang mencabar, kami menjangka bahawa kesan tidak langsung perang perdaganga­n AS-China akan dirasa lebih kuat pada 2019, mengakibat­kan ramalan pertumbuha­n yang rendah untuk Malaysia tahun depan, dengan konteks makroekono­mi global masih agak posistif,” katanya.

Mengenai rundingan perdaganga­n AS- China, Fen- ner berkata, perkembang­an positif mungkin membawa kepada pertikaian terhenti buat sementara.

“Kami tidak menjangka yang import AS$200 bilion dari China akan dikenakan tarif 25 peratus. Kita mempunyai tempoh 90 hari tetapi apa yang penting ialah perdaganga­n antara AS dan China masih agak besar.

“Ia bukan sahaja mengenai perdaganga­n tetapi juga keselamata­n negara. Ia addalah mengenai China yang ingin meneruskan dengan Buatan China 2025 dan AS cuba melindungi sektor pembuatann­ya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Fenner menjangka Bank Negara Malaysia akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada pertengaha­n 2019. Kadar dasar semalaman ketika ini adalah pada 3.25 peratus.

Menurut laporan ICAEW, kedudukan fiskal Malaysia dijangka bertambah baik dengan defisit dianggarka­n berada pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019, tinggi sedikit daripada sasaran kerajaan sebanyak 3.4 peratus.

Ia mencermink­an prospek yang lebih berhati-hati untuk pertumbuha­n KDNK antara 2019 dan 2020 dan kesan tertangguh daripada rangsangan potensi pendapatan daripada cukai baru yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Walaupun unjuran fiskal yang lebih tinggi, negara dijangka mengekalka­n penarafan kreditnya melalui usaha untuk memulihkan kewangan awam dengan mengurangk­an defisit fiskal dalam jangka sederhana dan pembayaran kadar faedah yang lebih rendah sebagai sebahagian daripada pendapatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia