Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan disaran tubuh koperasi jana modal perniagaan

-

MELAKA: Usahawan di negara ini disaran menubuhkan koperasi untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada geran dan dana kerajaan, kata Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Katanya, ini kerana, koperasi mampu membentuk satu dana yang mencukupi untuk golongan usahawan memulakan perniagaan termasuk dalam industri minyak dan gas, sekali gus dapat bersaing secara lebih produktif.

“Sektor koperasi memainkan peranan penting kerana ia adalah ejen atau pemangkin kepada pembanguna­n usahawan terutama bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana yang mana mereka boleh mengumpul dana secara bersama membabitka­n ahli.

“Terbaharu, sektor minyak dan gas juga berpotensi diban- gunkan menerusi penubuhan koperasi walaupun setakat ini tiada lagi kopeasi diwujudkan untuk tujuan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Kar- nival Usahawan dan Koperasi Digital, di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, penubuhan koperasi turut membantu usahawan meningkatk­an kemahiran dari segi pentadbira­n dan pengurusan kewangan agar matlamat penubuhann­ya mencapai sasaran selain perniagaan dijalankan mendapat keuntungan.

Selain itu katanya, penubuhan koperasi juga mampu melahirkan tenaga manusia berkemahir­an menerusi pelbagai latihan dan pendidikan kerana ia menentukan pembanguna­n atau kejayaan sesebuah koperasi.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, sektor koperasi di negara ini digalak menceburi perniagaan berimpak tinggi dan menggunaka­n ekonomi digital sebagai peluang besar meningkatk­an produktivi­ti serta pencapaian ekonomi sektor koperasi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Mohd Redzuan (dua kanan) meyampaika­n sumbangan kepada mangsa banjir pada majlis penyerahan sumbangan kemasyarak­atan bagi Parlimen Alor Gajah, kelmarin. Beberapa kawasan di Kampung Gadek, Kampung Beringin, Kampung Tanah Merah, Kampung Panchor dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama empat jam pada 19 November lepas.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Mohd Redzuan (dua kanan) meyampaika­n sumbangan kepada mangsa banjir pada majlis penyerahan sumbangan kemasyarak­atan bagi Parlimen Alor Gajah, kelmarin. Beberapa kawasan di Kampung Gadek, Kampung Beringin, Kampung Tanah Merah, Kampung Panchor dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama empat jam pada 19 November lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia