Utusan Borneo (Sarawak)

Status tuntutan GST masih dalam semakan semasa laporan audit disediakan

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam menjelaska­n bahawa permohonan tuntutan pulang balik cukai barang dan perkhidmat­an (GST) sebanyak RM19.47 bilion sebenarnya masih sedang dalam semakan audit meja jabatan itu semasa Laporan Audit Negara disediakan.

JKDM dalam satu kenyataan berkata status tuntutan tunggakan berkenaan bagi tempoh April 2015 hingga 5 Jun 2018 telah menimbulka­n kekeliruan kepada beberapa pihak yang merujuk kepada laporan itu.

Menurut jabatan itu, semakan tersebut selesai sepenuhnya pada akhir Julai 2018, namun dana Tabung Amanah GST tidak mencukupi untuk membayar balik tuntutan berkenaan berikutan hanya peratusan tertentu dipindahka­n daripada Akaun Hasil Disatukan.

Menurut peruntukan Seksyen 54(2) Akta GST 2014, semua wang GST hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Amanah GST sebelum dipindahka­n ke Akaun Hasil Disatukan dengan kelulusan Menteri Kewangan.

Bagaimanap­un, semua wang kutipan GST telah dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan tanpa kelulusan Kementeria­n Kewangan.

“Tabung Amanah GST masih memerlukan pemin- dahan hasil sebanyak RM19.2 bilion untuk membiayai bayaran balik GST yang telah atau akan diluluskan.

“Dilaporkan Akaun Hasil Disatukan hanya mempunyai RM450 juta pada 30 April 2018. Oleh itu kerajaan terpaksa bergantung kepada sumbangan dividen khas Petronas untuk mem- buat bayaran balik GST,” kata jabatan itu.

JKDM turut menjelaska­n bayaran balik tunggakan berjumlah RM0.9 bilion adalah kepada dua syarikat milik kerajaan seperti yang dilaporkan media.

“Tuntutan adalah berpunca daripada pelepasan yang diberikan oleh Kementeria­n Kewangan di bawah Peruntukan Seksyen 56(3) Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) 2014 bagi tuntutan cukai input yang telah dibayar oleh syarikat.

“Tidak ada sebarang kehilangan dana kerana kedua-dua syarikat adalah 100 peratus milik kerajaan persekutua­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia