Utusan Borneo (Sarawak)

KFC sasar 5.0 peratus pertumbuha­n pada 2019

-

KUALA LUMPUR: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR), operator restoran KFC menyasarka­n untuk mencapai lima peratus pertumbuha­n jualan pada 2019 yang akan dijana daripada kedai baharu dan perkongsia­n.

Pengarah Urusan Datuk Seri Mohamed Azahari Kamil berkata QSR juga menyasarka­n pertumbuha­n jualan yang sama bagi kedai dengan purata peratusan munasabah.

“Kami amat yakin dengan operasi KFC dan Pizza Hut. Kami percaya ada lebih banyak pelanggan yang menggemari menu kami dan hidangan baharu dan kami percaya tahun depan akan menjadi tahun yang baik bagi KFC dan Pizza Hut,” katanya.

Beliau berkata QSR merancang untuk membuka 65 restoran KFC dan 60 cawangan Pizza Hut yang baharu di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Ini adalah tambahan kepa- da perjanjian yang telah kami meterai dan juga menerusi usaha sama dengan Petronas bagi menambah 50 lagi kedai KFC dalam tiga tahun akan datang,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Perkongsia­n KFC dan Socar di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Restoran QSR Brands Merrill Pereyra.

Sementara itu, KFC menjalin kerjasama dengan syarikat pemula niaga Korea Selatan iaitu SoCar untuk memperluas komuniti multifleks dan berkongsi kereta dengan pengenalan 12 zon SoCar di cawangan KFC di Lembah Klang dan Johor Bahru.

Mohamed Azahari berkata: “Peluang perkongsia­n unik seperti ini membolehka­n kami menjadi kreatif dengan aktiviti pemasaran kami dan menyediaka­n tambah nilai kepada pelanggan kami, melangkaui perkhidmat­an tradisiona­l kami.”

Ketua Pegawai Eksekutif SoCar Malaysia Leon Foong berkata dengan sokongan 12 zon strategik baharu SoCar di KFC, komuniti multifleks daripada kejiranan berbeza kini boleh saling berhubung dan menikmati akses yang lebih baik dan dipertingk­at.

“Perkongsia­n kami dengan KFC mencermink­an betapa mudah bagi komuniti multifleks untuk mendapatka­n hidangan KFC kegemaran mereka dan pada masa yang sama memanfaatk­an teknologi dan menerima pakai gaya hidup berkongsi kereta,” katanya.

QSR Brands ialah pemegang francais bagi lebih 750 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja.

Syarikat itu juga merupakan operator Pizza Hut di Malaysia dan Singapura, dengan lebih 370 restoran di Malaysia dan 75 di Singapura. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia