Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia syarikat penerbanga­n pertama mendarat di lapangan terbang antarabang­sa kedua Melbourne

-

AVALON: AirAsia, syarikat penerbanga­n tambang rendah terbaik dunia telah mendarat di Lapangan Terbang Melbourne Avalon pagi semalam dan secara langsung melancarka­n perkhidmat­an penerbanga­n antarabang­sa pertama ke dan dari lapangan terbang kedua daerah Victoria di barat daya Melbourne.

Dikendalik­an oleh syarikat jarak jauh AirAsia, AirAsia X, penerbanga­n D7218 mendarat pada jam 8.20 pagi waktu tempatan dengan kapasiti penumpang sebanyak 80 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, ketibaan penerbanga­n AirAsia X D7218 ke terminal tambang rendah canggih Lapangan Terbang Melbourne Avalon itu menandakan satu era baharu bagi para pelancong dan juga kumpulan AirAsia di Australia.

“Pendaratan sulung AirAsia di Melbourne Avalon adalah hasil perjanjian 10 tahun antara syarikat penerbanga­n Asia Tenggara tersebut dengan Lapangan Terbang Melbourne Avalon dan pelaburan sebanyak RM150 juta daripada kerajaan Australia dan Victoria bagi membangunk­an infrastruk­tur sekitar bandar Geelong.

“Kemudahan yang telah dibina khas di Lapangan Terbang Melbourne Avalon hari ini, akan menjadi salah satu hab penting antarabang­sa kami di luar Asia Tenggara.

“Menerusi perbincang­an bersama dengan pihak pengurusan lapangan terbang, kerajaan dan pihak berkepenti­ngan tempatan, kami telah berjaya mencapai kata sepakat menerusi perjanjian jangka panjang yang menawarkan kos operasi yang lebih rendah buat AirAsia, pertambaha­n ketibaan pelancong dan keuntungan bukan aeronautik Lapangan Terbang Melbourne Avalon,” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di sini, semalam.

Jelas Benyamin lagi, Melbourne Tullamarin­e, pemindahan ke Lapangan Ter- bang Melbourne Avalon akan menyediaka­n tetamu Australia peluang untuk bercuti dengan tambang nilai yang hebat ke lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Syarikat (Hawaii).

“Ini termasuk destinasi percutian kegemaran penduduk Australia seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, China, India dan Jepun.

“Bagi tetamu Asia Tenggara kami, pemindahan ini akan menyediaka­n akses mudah ke bandar pesisir Geelong.

“Lapangan Terbang Melbourne Avalon sebenarnya lebih dekat dan akan menjadi lebih mudah dan berpatutan apabila mengambil kira faktor lebuh raya kurang trafik, kesesakan di lapangan terbang, tol jalan raya dan tempat letak kereta yang tersedia.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Australia dan Victoria, keluarga Linfox dan masyarakat tempatan yang telah merealisas­ikan pemindahan operasi ini bagi para tetamu antarabang­sa kami,” katanya.

Benyamin berkata, syarikat penerbanga­n tersebut menyasarka­n kehadiran 500,000 penumpang setiap tahun melalui laluan ini.

“AirAsia akan mengendali­kan sejumlah 28 penerbanga­n seminggu antara Kuala Lumpur dan Melbourne Avalon dan kami menyasarka­n untuk meningkatk­an faktor muatan kami dari 80 peratus (di lapangan terbang Melbourne Tullamarin­e) kepada 85 peratus melalui lapangan terbang baharu ini tahun depan,” katanya.

Tambah Benyamin lagi, syarikat penerbanga­n itu juga ingin terbang ke Avalon dari Bangkok, Thailand dan Bali, Indonesia dalam masa terdekat.

“Perjanjian jangka panjang menyediaka­n kos operasi yang lebih rendah untuk AirAsia akan meningkatk­an jumlah penumpang,” jelas beliau.

Sebelum ini AirAsia terbang dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Tullamarin­e.

AirAsia X yang merupakan syarikat penerbanga­n pertama mendarat di lapangan terbang antarabang­sa kedua Melbourne, Avalon itu menawarkan tambang promosi ke Avalon pada kadar serendah RM499 bermula semalam hingga 9 Disember 2018.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: (Dari kiri) Pesuruhjay­a Tinggi Australia Andrew Goledzinow­ski AM, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail, Pengerusi Eksekutif Lapangan Terbang Linfox David Fox dan Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Avalon Justin Giddings merakam gambar bersama.
SELAMAT DATANG: (Dari kiri) Pesuruhjay­a Tinggi Australia Andrew Goledzinow­ski AM, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail, Pengerusi Eksekutif Lapangan Terbang Linfox David Fox dan Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Avalon Justin Giddings merakam gambar bersama.
 ??  ?? PERTAMA: AirAsia, syarikat penerbanga­n tambang rendah terbaik dunia merupakan penerbanga­n pertama yang telah mendarat di Lapangan Terbang Melbourne Avalon semalam.
PERTAMA: AirAsia, syarikat penerbanga­n tambang rendah terbaik dunia merupakan penerbanga­n pertama yang telah mendarat di Lapangan Terbang Melbourne Avalon semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia