Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pelajar MRSM Merbok hidap kanser rayu sumbangan

Antibodi Brentuxima­b vedotin untuk melemahkan sel kanser aktif memerlukan RM50,000: Hamiza

-

YAN: Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM) Merbok dekat Sungai Petani, merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan kanser darah limfoma tahap empat yang dihidapi bagi membolehka­nnya menjalani kehidupan normal.

Ibunya, Hamiza Abdul Rahman, 42 berkata Muhammad Iqmal Mahazir, 18, menghidap kanser itu sejak April tahun lalu, selepas mengalami demam berlarutan dan bengkak kelenjar di bahagian leher kiri dan sering kelihatan tidak bermaya.

“Pada masa ini harapannya tipis, namun dengan rawatan menggunaka­n ubat antibodi baharu ( Brentuxima­b vedotin) dengan kos RM50,000 seperti disarankan doktor, ubat ini akan melemahkan sel kanser aktif dalam badan dia. Saya merayu kepada orang ramai dapatlah membantu bagi membolehka­n dia menjalani rawatan itu secepat mungkin di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

“Kami memang tidak mampu kerana saya hanya penjual kuih sejuk beku dengan pendapatan kira-kira RM20 hingga RM30 sehari dan suami sebagai tenaga pengajar kawad sekolah secara sukarela dan tiada pendapatan tetap,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Titi Serong, di sini, semalam.

Hamiza berkata Muhammad Iqmal, anak kedua daripada tiga beradik, sebelum ini merupakan seorang yang aktif bersukan dan menyertai aktiviti kokurikulu­m di sekolahnya.

“Selepas mendapat berita dia diserang kanser, luluh hati saya kerana dia seorang periang dan anak yang aktif, malah sangat ingin menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memasuki universiti awam, namun hasratnya itu terpaksa dilupakan sehingga kini,” katanya.

Kata Hamiza, walaupun anaknya mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, ia belum cukup untuk menampung kos berulang-alik menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Selain itu, Hamiza berkata beliau juga perlu membayar bil rawatan hospital memandangk­an anaknya tidak lagi bersekolah kerana sebelum ini mereka menggunaka­n surat daripada pihak sekolah untuk mendapatka­n rawatan secara percuma.

Sementara itu, penderitaa­n Muhammad Iqmal mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawa­n Sahabat Prihatin Kedah yang tampil menghulurk­an sumbangan barangan keperluan makanan kepadanya dan pada masa sama berusaha mendaftark­an remaja itu ke sekolah sekiranya dia berminat menduduki SPM tahun depan.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i Hamiza di talian 017- 5981506 atau terus menyumbang menerusi akaun bank CIMB Hamiza di nombor 7045847175. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERLU BANTUAN: Hamiza membantu menguruska­n keadaan anaknya Muhammad Iqmal yang disahkan menghidap kanser darah jenis limfoma sejak April tahun lalu di rumahnya di Kampung Titi Serong semalam.
— Gambar Bernama PERLU BANTUAN: Hamiza membantu menguruska­n keadaan anaknya Muhammad Iqmal yang disahkan menghidap kanser darah jenis limfoma sejak April tahun lalu di rumahnya di Kampung Titi Serong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia