Utusan Borneo (Sarawak)

Pemutihan langkah prihatin kerajaan terhadap keselamata­n pelajar sekolah

-

KOTA BHARU: Langkah Kementeria­n Pengangkut­an melakukan proses pemutihan terhadap pengusaha bas sekolah satu tindakan prihatin kerajaan terhadap isu keselamata­n pelajar yang menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut­an tersebut.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan, Izani Zakaria berkata langkah itu perlu dilaksanak­an kerajaan melalui kementeria­n tersebut berikutan banyak pengusaha bas tidak berdaftar dengan pihak berwajib.

“Kebanyakan mereka membeli van dan hanya mengecat warna kuning, sedangkan mereka ini pengusaha haram yang boleh memberikan pelbagai kesan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan.

“Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan, murid-murid sekolah yang menaiki bas tersebut tidak dilindungi insurans,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Sebelum ini Kementeria­n Pengangkut­an dilaporkan akan melaksanak­an proses ‘pemutihan’ bagi pengusaha bas sekolah yang tidak berdaftar selewat-selawatnya tahun depan.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook dipetik sebagai berkata pihaknya memerlukan sedikit masa bagi menyelesai­kan isu berkenaan berikutan kewujudan bas tidak berdaftar sudah berlarutan sehingga 30 tahun dan langkah itu bagi memperkasa­kan industri bas sekolah di negara ini.

Izani berkata ibu bapa seharusnya mengambil berat aspek tersebut bagi memastikan keselamata­n anak-anak mereka ke sekolah dengan mengenal pasti status pengusaha dan keadaan bas yang disediakan.

“Gunalah perkhidmat­an bas sekolah yang sah dan berdaftar dengan kerajaan kerana ia mempunyai perlindung­an insurans yang dapat membantu ibu bapa sekiranya berlaku kemalangan semasa anak-anak dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.

“Pihak kerajaan juga perlu mengambil tindakan lebih luas kepada mereka (pengusaha bas) yang tidak berdaftar bagi memberikan manfaat bersama kepada pelajar, ibu bapa, pengusaha bas dan kerajaan sendiri,” katanya.

Katanya di Kelantan sehingga kini sebanyak 110 pengusaha bas sekolah yang berdaftar dan pihaknya mengharapk­an lebih ramai pengusaha bas sekolah melakukan pendaftara­n memulakan operasi perkhidmat­an kepada masyarakat.

“Kami mendapati sebanyak 30 buah bas atau van sekolah di negeri ini menjalanka­n operasi mereka tanpa pendaftara­n dan ia menjadi kerisauan berikutan perkhidmat­an yang diberikan itu melibatkan nyawa pelajar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia