Utusan Borneo (Sarawak)

PPM sentiasa siap siaga pelaksanaa­n perniagaan tukar barang tahun depan

-

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah setiasa bersiap siaga dan komited untuk melaksanak­an penugasan pelaksanaa­n perniagaan tukar barang tahun depan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohammad Pajeri Ali berkata kesiapsiag­aan anggotanya berada di tahap baik dan hanya menunggu arahan daripada kerajaan negeri.

“Pelaksanaa­n perniagaan tukar barang masih dalam kajian dan kita tunggu serta lihat arahan kerajaan negeri. PPM Sabah tidak ada masalah dan akan laksanakan mengikut undang-undang.

“Sebelum ini, kita pun sudah melaksanak­annya dan tidak ada masalah untuk teruskan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Perhimpuna­n Bulanan Komander Pasukan Polis Marin, Pemakaian Pangkat Lans Koperal Ke Koperal dan Penyampaia­n Sijil Penghargaa­n di Markas Operasi Marin Lahad Datu, di sini pada Selasa.

Pada Oktober, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perniagaan tukar barang antara Sabah dan negara jiran yang dihentikan sebelum ini atas faktor keselamata­n akan mula beroperasi tahun depan.

Sebagai permulaan, empat pelabuhan iaitu di Kudat, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu akan digunakan untuk memulakan semula operasi perniagaan tukar barang itu.

Perniagaan itu dilihat membolehka­n usahawan tempatan meningkatk­an peluang perniagaan masing-masing selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda.

Mohammad Pajeri turut mengulas aset PPM Sabah dimanfaatk­an sepenuhnya untuk penugasan dan pengoperas­ian dengan anggaran 60 peratus siap siaga sementara 40 peratus sedang dibaik pulih.

Katanya, tenaga kerja mencukupi dan kepakaran kejurutera­an anggotanya saban masa melaksanak­an tugas pembaikan.

Beliau berharap penambahan aset lebih baik dapat diberikan untuk memastikan operasi berjalan lancar.

Turut serta, Pegawai Pemerintah Markas PPM Lahad Datu Wilayah Empat Sabah Supt Ahmad Ariffin dan Ketua Bahagian Kepolisian Am DSP Mohammad Aris Jambul.

 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Peter (tiga kanan) menerima cenderahat­i daripada Pengarah JKR Ir Richard Jomiji Kinsil (tiga kiri).
PENGIKTIRA­FAN: Peter (tiga kanan) menerima cenderahat­i daripada Pengarah JKR Ir Richard Jomiji Kinsil (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia