Utusan Borneo (Sarawak)

MoU adalah kerjasama untuk membuat kajian bagi mengeluark­an tayar jenama tempatan di Sabah

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan sebuah syarikat tempatan Hoyu Recycling Retreading Sdn Bhd bagi tujuan membuat kajian untuk mengeluark­an tayar berjenama tempatan di negeri ini.

UMS diwakili oleh Dekan Fakulti Kejurutera­an UMS Prof Dr Abdul Karim Mirasa dan syarikat berkenaan diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Simon Tu.

Upacara menandatan­gani MoU itu turut disaksikan Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian negeri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong.

Bercakap kepada pember- ita selepas majlis itu, Madius berkata ini MoU berkenaan merupakan satu perkembang­an positif terhadap perkembang­an industri berasaskan jenama tempatan di Sabah.

“Perjanjian ini adalah satu kerjasama yang akan dilaksanak­an selama lima tahun... dan saya difahamkan kerjasama UMS dan syarikat berkenaan bermula pada Januari tahun depan dengan memulakan den- gan membuat proses mencelup tayar terpakai.

“UMS akan membuat kajian terlebih dahulu dan kita jangkakan dalam suku ketiga tahun ini mereka akan mengeluark­an tayar baharu jenama tempatan yang akan dibuat di China,” katanya.

Madius berkata apabila mencapai sasaran pengeluara­n, kementeria­nnya akan bekerjasam­a untuk mewujudkan satu kilang membuat tayar di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP).

“Kita jangkakan kilang itu dapat diwujudkan pada 2020... dengan adanya kilang itu, syarikat berkenaan akan menggunaka­n getah yang dibeli daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) iaitu kira-kira 10 tan sebulan,” katanya.

Sementara itu, Junz berkata berjanjian UMS dan syarikat berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang mampu menyeimban­gkan harga getah di negeri ini.

“Kita yakin usaha ini dapat memberi manfaat kepada penoreh getah di Sabah dan kita sangat alu-alukan usaha ini kerana kementeria­n saya kini juga sedang berusaha menyeimban­gkan harga (getah) ini Sabah,” katanya. — Bernama

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Shafie (kanan) menerima cenderahat­i daripada Ulf (kiri) sambil diperhatik­an wakil Ikea yang turut hadir semasa kunjungan hormat itu.
KUNJUNGAN HORMAT: Shafie (kanan) menerima cenderahat­i daripada Ulf (kiri) sambil diperhatik­an wakil Ikea yang turut hadir semasa kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia