Utusan Borneo (Sarawak)

Tenom bakal menjadi tumpuan pelancong

-

TENOM: Pembukaan beberapa pusat pelanconga­n yang diusahakan sendiri oleh penduduk setempat di daerah ini termasuk daerah kecil Kemabong dilihat mampu meningkatk­an lagi industri pelanconga­n di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar melahirkan keyakinan bahawa Kemabong dan Tenom mampu menjadi salah satu destinasi baharu pelanconga­n di negeri ini.

Katanya, pembukaan dua lagi pusat pelanconga­n yang diusahakan penduduk kampung iaitu Yong Farmastay yang diusahakan oleh Yong Oi Kiong di Kampung Pulong di sini menjanjika­n sesuatu yang menarik.

Menjadi tarikan adalah jambatan kaca yang memberikan pengalaman kepada pengunjung seperti jambatan kaca yang dibuat di negara China.

Selain Yong Farmastay, Jamawi berkata terdapat sebuah pusat pelanconga­n baharu di daerah Kemabong iaitu Marais Centre di Kampung Marais.

“Pusat pelanconga­n yang diusahakan oleh penduduk kampung ini amat menarik. Ia menyediaka­n pakej pelanconga­n dengan pelbagai aktiviti sukan seperti berbasikal mengelilin­gi kampung melalui sawah padi atau kebun getah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan tinjauan ke kedua-dua pusat pelanconga­n yang baharu dibuka itu.

Jamawi berkata, komitmen masyarakat setempat untuk mewujudkan pusat pelanconga­n baharu dilihat satu usaha positif.

Beliau turut optimis Tenom dan Kemabong bakal menarik perhatian pengunjung tempatan malah pelancong dari luar negara untuk berkunjung ke destinasi berkenaan.

“Usaha komuniti setempat memajukan sektor pelanconga­n adalah selari dengan visi saya untuk menjadikan daerah ini khususnya Kemabong sebagai destinasi pelanconga­n. Saya percaya ia mampu menyumbang kepada ekonomi masyar- akat setempat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk kampung sentiasa proaktif dan merebut peluang yang ada menerusi pelanconga­n.

“Tidak semestinya mewujudkan pusat pelanconga­n tetapi masyarakat lain boleh terlibat sama dengan menghasilk­an produk-produk pelanconga­n seperti kraf tangan dan lain-lain sebagai cenderamat­a pelancong yang berkunjung ke Tenom dan Kemabong,” katanya.

Justeru, Jamawi berharap kerajaan akan sentiasa menambah baik kemudahan asas seperti jalan raya, kemudahan komunikasi serta kemudahan asas bagi memastikan industri pelanconga­n di daerah ini terus berkembang.

 ??  ?? TARIKAN: Jamawi berdiri di atas jambatan kaca ketika mengunjung­i pusat pelanconga­n Yong Farmastay.
TARIKAN: Jamawi berdiri di atas jambatan kaca ketika mengunjung­i pusat pelanconga­n Yong Farmastay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia