Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n kayu akasia miliki potensi besar di Sabah

-

KOTA KINABALU: Pembanguna­n perladanga­n kayu akasia mempunyai potensi besar untuk perindustr­ian di Sabah.

Pengurus Perhutanan dan Bekalan Kayu Global Ikea Sweden Ulf Johansson berkata, Ikea sebelum ini sudah pun menggunaka­n sumber akasia dari Sabah.

Katanya, walaupun berdepan kekangan bekalan daripada sumber lain, namun pihaknya bertuah kerana sering mendapat bekalan yang diperlukan dari ladang akasia.

“Ikea menghasilk­an perabot yang diterima baik oleh pelanggan menerusi persijilan untuk penggunaan sumber kayu akasia.

“Justeru, ia satu langkah yang baik untuk membangunk­an lebih banyak pembuatan produk menggunaka­n kayu akasia di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, di sini pada Selasa.

Bagaimanap­un, Ulf berkata pensijilan dan pembanguna­n mampan kayu akasia di Sabah masih belum mencukupi.

Sehubungan itu, pihaknya mahu melihat lebih banyak pembanguna­n perladanga­n akasia dijalankan di Sabah termasukla­h melibatkan kawasan tanah rosak atau kurang subur.

Katanya, lebih banyak pembanguna­n kayu akasia dibuat di kawasan tanah berkenaan, lebih banyak pekerjaan dan hasil cukai dapat dijana.

Pada masa sama, pihaknya juga tidak memberi tekanan kepada tanah asli yang boleh dikekalkan untuk pemuli- haraan hutan.

Dalam pada itu, pertemuan dengan Shafie juga bagi membincang­kan usaha meneruskan pelaksanaa­n projek tanam semula hutan yang dijalankan sejak 20 tahun lepas melibatkan Ikea dan Yayasan Sabah.

“Selepas fasa tanam semula ini selesai, kita akan meneruskan usaha perlindung­an dan melihat aspek pembanguna­n lain yang boleh dijalankan seperti menjadikan­nya pusat penyelidik­an.

“Selain itu, ia juga boleh dijadikan pusat untuk pengunjung yang berminat dalam ekopelanco­ngan di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan,” jelasnya.

Projek tanam semula hutan itu membabitka­n tanah seluas 18,000 hektar di kawasan hutan Luasong Kalabakan, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia