Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan dalam proses tubuh entiti tunggal di bawah KPI

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang dalam proses untuk menubuhkan sebuah entiti tunggal di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur (KPI) iaitu, Jabatan Perkhidmat­an Pembetunga­n Negeri Sabah.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony berkata, penubuhan jabatan itu dibuat untuk memperkuku­hkan perancanga­n pembanguna­n dan pengurusan kemudahan pembetunga­n.

“Dengan penubuhan jabatan ini, tadbir urus serta isu-isu berkaitan pembetunga­n akan lebih berfokus, komprehens­if dan holistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pengiktira­fan dan Penghargaa­n Jabatan Kerja Raya (JKR) 2018 di Dewan Serbaguna KPI/JKR, Sembulan, di sini pada Selasa.

Peter berkata, sebelum ini JKR telah mengambil alih asetaset awam seperti pengurusan sistem pembetunga­n dan jalan-jalan majlis daripada pihak berkuasa tempatan ( PBT) secara berperingk­at.

Namun katanya, JKR telah berdepan beberapa cabaran setelah pengambila­lihan aset pembetunga­n berkenaan.

“Antaranya, keperluan kakitangan baharu serta penerapan kakitangan berpengala­man daripada PBT, selain daripada cabaran pengenalpa­stian aset bermasalah atau usang serta keperluan bagi membuat permohonan peruntukan untuk menampung pertambaha­n pengurusan skop berkenaan,” katanya.

Peter berkata, KPI sentiasa menyokong usaha JKR untuk mendapatka­n anggota kerja yang cukup dan beliau sendiri telah membawa isu itu dalam mesyuarat kabinet beberapa bulan lepas.

Beliau turut mengumumka­n bahawa kertas Kabinet untuk mengisi 570 jawatan kosong yang kritikal serta penambahan 333 jawatan dalam kumpulan pengurusan dan profesiona­l serta 675 jawatan dalam kumpulan pelaksana satu melalui penstruktu­ran semula JKR telah diluluskan.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Abdul Muis Picho, Setiausaha Tetap KPI Dr Ismail S Charles dan Pengarah JKR Ir Richard Jomiji Kinsil.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Peter mencucuk belon sebagai simbolik perasmian majlis pengiktira­fan dan penghargaa­n JKR 2018.
PENGHARGAA­N: Peter mencucuk belon sebagai simbolik perasmian majlis pengiktira­fan dan penghargaa­n JKR 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia