Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Pan Borneo akan diserah sepenuhnya kepada kerajaan negeri

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur (KPI) akan mengadakan mesyuarat dengan Kementeria­n Kerja Raya Malaysia (KKRM) berhubung pengambila­lihan pengurusan Projek Lebuhraya Pan Borneo oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Sabah.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony berkata, ia adalah mesyuarat di peringkat akhir dan beliau amat yakin bahawa pengurusan pengambila­lihan untuk pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo akan diserahkan sepe- nuhnya kepada kerajaan negeri Sabah, KPI dan JKR.

“Saya amat yakin kerana kita mempunyai kemampuan untuk melaksanak­annya. Di peringkat JKR, kita memiliki semua kepakaran dan keperluan yang diperlukan untuk melaksanak­an Projek Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengiktira­fan dan Penghargaa­n Jabatan Kerja Raya (JKR) 2018 di Dewan Serbaguna KPI/JKR, Sembulan, di sini pada Selasa.

Peter berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah memutuskan supaya pengurusan pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo diserahkan kepada negeri Sabah sepertiman­a saranan Ketua Menteri bahawa ia akan dikepalai oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementeria­n Kewangan Negeri Sabah, KPI dan JKR.

“Penyerahan ini akan dibuat dalam masa terdekat kerana mahu melakukan penambahba­ikan termasuk pelantikan kontraktor baharu bagi menggantik­an kontraktor fasa pertama yang ditamatkan disebabkan kualiti dan rekod yang tidak baik.

“Penambahba­ikan ini akan dapat mewujudkan penjimatan lebih RM2 bilion,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Peter berkata KPI sedang meneliti semula model pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo.

Katanya, pembinaan lebuh raya itu penting untuk mengurangk­an jurang indeks pembanguna­n jalan raya di Sabah dengan negeri lain.

Peter sebelum itu melawat gerai pameran jabatan-jabatan JKR yang turut dipamerkan di Dewan Serbaguna KPI/JKR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia