Utusan Borneo (Sarawak)

150 peserta sertai program ‘Stakeholde­rs Briefing & Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’

-

KIRA- KIRA 150 peserta daripada pihak industri perkayuan dan agensi kerajaan menghadiri program ‘ Stakeholde­rs Briefing & Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’ di bandar raya Kuching, barubaru ini.

Program itu dianjur Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS), Kementeria­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak serta Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Merasmikan program itu ialah Penolong Pengurus Be- sar Kanan Pendaftara­n Suraya Mohamad Ali yang mewakili Pengurus Besar PUSAKA, Hashim Bojet.

Objektif penganjura­n program ialah sebagai platform terbaik untuk pihak industri terbabit mendapatka­n maklumat terkini dan tepat mengenai industri perkayuan

Ia juga bertujuan untuk menerangka­n kepada pihak tersebut mengenai perubahan peraturan atau dasar terkini yang memberi impak kepada industri perkayuan di Sarawak serta kesedaran mengenai Industri 4.0 yang menjadi trend sekarang.

Program sehari ini merangkumi tujuh kertas kerja termasuk mengenai pindaan ke atas ‘Conditions and Restrictio­ns’ Pendaftara­n, Keperluan Negara Korea untuk Pengimport­an Kayu dan Barangan Kayu Mengunakan Sumber yang Sah, Pemindahan Kuasa Pengeluara­n Lesen Kilang Papan Jabatan Hutan Sarawak kepada PUSAKA serta Industri 4.0 yang disampaika­n oleh pegawai-pegawai PUSAKA dan penceramah-penceramah dari UNIMAS.

Program turut diadakan di beberapa bahagian di seluruh Sarawak iaitu di Hotel RH Sibu pada 3 Disember, Hotel Park Everly Bintulu (5 Disember) dan Hotel Meritz Miri pada 6 Disember.

 ??  ?? DAFTAR: Para peserta mendaftar untuk menyertai program ‘Stakeholde­rs Briefing and Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’ di Kuching, baru-baru ini. UCAPAN: Suraya berucap pada program ‘Stakeholde­rs Briefing and Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’ di Kuching, baru-baru ini.
DAFTAR: Para peserta mendaftar untuk menyertai program ‘Stakeholde­rs Briefing and Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’ di Kuching, baru-baru ini. UCAPAN: Suraya berucap pada program ‘Stakeholde­rs Briefing and Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’ di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? PLATFORM: Suraya bersama tetamu-tetamu lain pada program ‘Stakeholde­rs Briefing and Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’ di Kuching, kelmarin.
PLATFORM: Suraya bersama tetamu-tetamu lain pada program ‘Stakeholde­rs Briefing and Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’ di Kuching, kelmarin.
 ??  ?? PIHAK INDUSTRI: Sebahagian peserta yang menyertai program ‘Stakeholde­rs Briefing and Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’ di Kuching, baru-baru ini.
PIHAK INDUSTRI: Sebahagian peserta yang menyertai program ‘Stakeholde­rs Briefing and Industry 4.0 Awareness to The Timber Industry’ di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia