Utusan Borneo (Sarawak)

EMPAT PETINJU TEMPATAN REBUT PIALA KM

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Empat petinju tempatan akan berentap untuk merebut Piala Ketua Menteri Sarawak sempena Kejohanan Muaythai Sarawak yang dijadualka­n berlangsun­g pada 15 dan 16 Disember ini di Tebingan Kuching.

Mereka yang akan bersaing dalam kategori 66kg ialah Morris Hii Zhen Wei (Kelab Muaythai D30 Miri), Jordan Bokoet Herman (Kelab Muaythai Bau), Abg Muhammad Uqail Abg Mustapha ( Kelab Warmonger Sarawak) dan Roslan Johani ( Kelab Muaythai Phoenix Sadong Jaya Samarahan).

Selain itu, beberapa perlawanan menarik juga akan berlangsun­g pada sebelah malah membabitka­n aksi Superfight Wanita 5760kg yang mempertemu­kan jaguh muay dari Kelab Muaythai D30 Miri Maurien Hii yang akan menentang Dolphina Walter mewakili SS Fighters.

Manakala dalam aksi Superfight Pro Jemputan Borneo 61kg, petinju Mayhem Gym Brunei, Aaron Lim akan ditentang wakil tempatan Wan Syahmi yang mewakili Phoenix Meranek, Samarahan.

Tumpuan juga terarah kepada pertembung­an peserta Thailand, Suphan Kaeosisaet yang akan bertarung dengan Muhd Ezham Ibrahim (Red Army Kuala Lumpur) dalam perlawanan Pro Jemputan Antarabang­sa 57kg.

Menurut Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak ( PMNS) Jumaat Ibrahim, perlawanan amatur akan bermula jam 10 pagi pada 15 Disember disusuli perlawanan Piala Ketua Menteri Sarawak dan pro pada sebelah malam.

“Pada sebelah siang akan berlangsun­g perlawanan amatur Kejohanan Muaythai Sarawak bagi mencungkil bakat-bakat baharu untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang akan diadakan di Johor.

“Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU), Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS), Sara Urusharta Sdn Bhd, agensi- agensi dan badan bukan kerajaan berkaitan,” katanya pada majlis peny- erahan piala di Bangunan Dewan Undangan Negeri ( DUN) semalam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyempurn­akan majlis ringkas penyerahan piala yang turut dihadiri Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS) Dato Benjamin Hasbie, Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad dan exco PMNS.

Menurut Jumaat, bagi memeriahka­n lagi penganjura­n edisi kali ini, pihaknya bekerjasam­a dengan PBS dan DBKU menganjurk­an kayuhan mesra dan gotongroyo­ng pada Ahad.

Pada sebelah siang akan berlangsun­g perlawanan amatur Kejohanan Muaythai Sarawak bagi mencungkil bakatbakat baharu untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang akan diadakan di Johor. ” Jumaat Ibrahim Presiden PMNS

 ??  ??
 ??  ?? JADI REBUTAN: Abang Johari (empat kiri) menyerahka­n piala kepada Jumaat sambil disaksikan (dari dua kanan) Benjamin, Morshidi dan tetamu lain.
JADI REBUTAN: Abang Johari (empat kiri) menyerahka­n piala kepada Jumaat sambil disaksikan (dari dua kanan) Benjamin, Morshidi dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia