Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat keyakinan terhadap sawit

Inisiatif ini merupakan usaha membantu meningkatk­an keyakinan global terhadap kelapa sawit Malaysia amnya

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menyumbang kepada dana penyelidik­an Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB) di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan usaha Kerajaan Sarawak membantu meningkatk­an keyakinan global terhadap kelapa sawit Malaysia amnya dan ia juga sudah dimaklumka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada Menteri Industri Utama Teresa Kok.

“Ini untuk menjangkau lebih banyak saintis di dunia bagi menghasilk­an bukti saintifik yang lebih kukuh mengenai nilai kelapa sawit kita dari segi pemakanan dan sebagainya supaya kita dapat memerangi kempen negatif terhadap kelapa sawit kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Kok, selepas kunjungan hor- mat terhadap Abang Johari di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Manakala Kok berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Ketua Menteri khasnya atas sumbangan kepada dana penyelidik­an MPOB itu.

“Kami amat menghargai sumbangan Kerajaan Sarawak ini kepada dana penyelidik­an MPOB, ketika MPOB berdepan kekangan kewangan sekarang disebabkan harga kelapa sawit yang rendah,” katanya.

Terdahulu, Uggah menyatakan bahawa Sarawak komited memastikan pekebun kecil kelapa sawit di negeri ini mendapat pensijilan Minyak Sawit Bersepadu Malaysia (MSPO).

Sehubungan itu, katanya Kerajaan Sarawak telah bersetuju membentuk kerjasama dengan MPOB bagi memastikan semua pekebun kecil di Sarawak mendapat pensijilan tersebut menjelang penghujung 2019.

Namun demikian, Uggah berkata seperti yang dite- gaskan Ketua Menteri pada Persidanga­n DUN baru-baru ini, Kerajaan Sarawak tidak akan mengeluark­an lagi pajakan sementara untuk penanaman kelapa sawit di tanah kerajaan.

“Itu adalah pendirian kerajaan negeri bahawa kita tidak akan mengembang­kan ladang kelapa sawit di tanah negeri,” katanya sambil menambah, ketika ini Sarawak mempunyai kira-kira 1.5 juta hektar tanaman kelapa sawit.

Sementara itu, Kok berkata selain kelapa sawit, kementeria­nnya juga akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak dalam menguruska­n sektor perkayuan di negeri ini.

“Kayu adalah salah satu sektor dalam kementeria­n saya dan oleh sebab itu, kami ingin bekerjasam­a rapat dengan Kerajaan Sarawak dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kayu di Sarawak,” ujarnya.

“Ini untuk menjangkau lebih banyak saintis di dunia bagi menghasilk­an bukti saintifik yang lebih kukuh mengenai nilai kelapa sawit kita dari segi pemakanan dan sebagainya supaya kita dapat memerangi kempen negatif terhadap kelapa sawit kita. ”

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? KERJASAMA: Kok bersalaman dengan Abang Johari semasa kunjungan hormat terhadap beliau di pejabatnya di Kompleks DUN semalam. Turut kelihatan Uggah (kiri).
KERJASAMA: Kok bersalaman dengan Abang Johari semasa kunjungan hormat terhadap beliau di pejabatnya di Kompleks DUN semalam. Turut kelihatan Uggah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia