Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA EMAS HILANG DITEMUI SELAMAT

-

KUCHING: Seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun ditemui selamat oleh keluargany­a semalam selepas dilaporkan hilang di Kampung Pangkalan Semariang Batu di sini, kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mangsa dikatakan keluar seorang diri menggunaka­n perahu untuk mencari kayu di kawasan sungai dan tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam.

“Ahli keluargany­a yang risau kemudian mencari mangsa dan berjaya menemui perahu mangsa tertambat dengan rapi di Sungai Nipah berhampian Pulau Salah, namun mangsa tiada di situ dan mereka terus melaporkan kepada bomba.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n selepas itu dan mangsa berjaya dijumpai sekitar jam 7 pagi tadi (semalam) dalam keadaan lemah,” katanya.

Menurutmya, mangsa kemudian dibawa keluar dari hutan dan seterusnya dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Pangkalan Batu Semariang.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang oleh keluargany­a di Kampung Silok, Lundu pada Ahad lepas ditemui meninggal dunia kira-kira 1.3 kilometer dari rumahnya kelmarin.

Mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 4.35 petang dan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

Mangsa ialah Nohik Gindon berusia 74 tahun.

“Mangsa Nohik Gindon, 74, disahkan meninggal dunia di lokasi dia dijumpai dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Lundu untuk tindakan selanjutny­a.”

 ??  ?? MUJUR SELAMAT: Mangsa dibawa ke Pangkalan Semariang Batu.
MUJUR SELAMAT: Mangsa dibawa ke Pangkalan Semariang Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia