Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA UNSUR JENAYAH

Risikan juga mendapati tiada elemen militan dalam insiden letupan di CityONE.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Insiden letupan di pusat beli-belah CityONE tiada unsur jenayah atau militan, kata Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Beliau yang melawat lokasi kejadian semalam memberitah­u, siasatan setakat ini mendapati insiden tersebut berlaku disebabkan kemalangan.

"Siasatan telah dijalankan dan kita dapati insiden letupan yang berlaku semalam (Selasa) tiada elemen atau unsur-unsur jenayah.

"Begitu juga di pihak risikan turut mendapati tiada elemenelem­en militan," ujarnya kepada pemberita.

Dzuraidi berkata, kematian tiga lelaki dalam insiden tersebut diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Setakat ini, kes masih disiasat sebagai SDR dan prosedur bedah siasat terhadap dua daripada tiga mangsa yang maut telah selesai dilaksanak­an," katanya lagi.

Tiga mangsa yang terkorban ialah O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, masingmasi­ng dari Kuching serta seorang lelaki dari Pulau Pinang, Chin Hsien Loong, 29.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman mengesahka­n, tiada lagi mangsa yang terperangk­ap dalam insiden itu.

Menurutnya, siasatan awal pasukan Forensik Bomba turut mengesahka­n letupan berpunca daripada kebocoran gas.

"Pagi ini (semalam) kita bawa Unit Pengesan (K9) dan tiada unsur lain selain daripada jangkaan asal kita mengenai kebocoran gas.

"Sampel gas itu kita ambil dari punca, di mana terdapat tangki di bawah (tempat kejadian) tadi dan ia akan dianalisis di makmal kita untuk pengesahan seterusnya.

"Bagaimanap­un, daripada ‘pattern’ (corak) letupan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta kecederaan mangsa, kita dapati ia memang selari," jelas Khirudin.

KUCHING: Terperangk­ap 30 minit di bawah timbunan dinding yang runtuh di CityONE Megamall di sini kelmarin menyebabka­n seorang kontraktor antara empat yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).

Demikian menurut menantu kepada kontraktor dikenali sebagai Robert Yeo, 60, yang dikatakan mengalami kecederaan parah di bahagian perutnya.

Beliau yang enggan dikenali memberitah­u, bapa mentuanya kini dalam keadaan sedar, namun masih memerlukan pemerhatia­n rapi pihak hospital.

“Dia (mangsa) menceritak­an detik cemas tersebut semalam apabila dia terperangk­ap di bawah timbunan dinding runtuh selama kira-kira 30 minit dengan dihempap objek berat di bahagian perutnya.

“Mujur anggota penyelamat berjaya menjumpain­ya dan kemudian terus memberikan bantuan sebelum mengejarka­nnya ke HUS,” katanya ketika ditemui pemberita.

Difahamkan, mangsa bersama lima lagi pekerjanya sedang melakukan kerjakerja pembersiha­n berdeka- tan lokasi kejadian semasa tragedi tersebut berlaku sekitar jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam tragedi di premis restoran yang sedang diubah suai tersebut, tiga lelaki meninggal dunia dikenali sebagai O Kui Lim, 49, dari Batu Kawa, Tchee Kiam Jong, 24, (Stutong, BDC) dan Chin Hsien Loong, 29, dari Butterwort­h, Pulau Pinang.

Sementara itu, adik kepada Chin Hsien Loong semasa ditemui pemberita memberitah­u, dia segera mendapatka­n penerbanga­n dari Australia ke sini sebaik dimaklumka­n mengenai tragedi tersebut semalam.

Menurutnya, mendiang abangnya sudah berada di sini sejak beberapa hari lepas untuk memastikan kerjakerja persiapan terakhir sebelum restoran tersebut yang sepatutnya dirasmikan semalam berjalan lancar.

“Dia berada di sini untuk melakukan persiapan terakhir bagi upacara perasmian yang dijadualka­n pada hari ini (semalam), tetapi perkara sebaliknya yang berlaku,” katanya yang turut memberitah­u abangnya merupakan antara rakan kongsi restoran tersebut.

Manakala, abang kepada Tchee Kiam Jong semasa ditemui pemberita memberitah­u adiknya baharu sahaja menyertai kontraktor yang melakukan kerja-kerja perpaipan sejak tiga bulan lepas.

“Dia sebelum ini bekerja di Singapura dan pulang untuk bersama-sama rakannya membuka perniagaan menjual nasi ayam.

“Bagaimanap­un, perniagaan (nasi ayam) mereka mengalami masalah menyebabka­n dia terpaksa menyertai kontraktor ini melakukan kerja-kerja perpaipan dan sepatutnya bulan ini adalah bulan ketiga dia bekerja serta tamat tempoh percubaan,” katanya.

“Mujur anggota penyelamat berjaya menjumpain­ya dan kemudian terus memberikan bantuan sebelum mengejarka­nnya ke HUS. “

Menantu kontraktor

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Anggota Bomba dan Penyelamat Sarawak membawa anjing pengesan ke tempat kejadian untuk memastikan tiada lagi mangsa tertimbus.
— Gambar Bernama TELITI: Anggota Bomba dan Penyelamat Sarawak membawa anjing pengesan ke tempat kejadian untuk memastikan tiada lagi mangsa tertimbus.
 ??  ?? SEDIH: Ahli keluarga menunggu untuk menuntut mayat mangsa di Jabatan Perubatan Forensik HUS semalam.
SEDIH: Ahli keluarga menunggu untuk menuntut mayat mangsa di Jabatan Perubatan Forensik HUS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia