Utusan Borneo (Sarawak)

LEBIH 20 TAHUN DAMBA KLINIK, PENDUDUK PENAN KIAN TERBEBAN •

- Oleh Mastura Ismail BAHAGIAN SATU

MANA klinik kami? Itu persoalan yang membelengg­u hampir 600 penduduk kaum Penan sejak lebih 20 tahun lalu untuk memiliki sebuah klinik kesihatan Long Napir yang amat diperlukan bagi 11 kampung Penan di Hulu Sungai Limbang.

Dalam tempoh itu juga penduduk tidak mempunyai pilihan sebaliknya bergantung kepada Hospital Limbang yang terletak kira-kira 112 kilometer dari bandar Limbang, iaitu tiga jam perjalanan menggunaka­n jalan balak untuk menyabung nyawa sendiri.

Klinik Kesihatan Long Napir merupakan nadi utama penduduk khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar di daerah Limbang ketika berdepan kekurangan prasarana asas termasuk jalan raya, bekalan elektrik, air dan kemudahan kesihatan lain.

Malah projek yang didambakan rakyat luar bandar itu pernah dikemukaka­n wakil rakyat di daerah Limbang kerap kali pada sesi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak 2006.

Projek klinik itu sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) di bahagian Limbang dengan kos RM3 juta, di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia terdahulu.

Kemudahan kesihatan itu penting bagi masyarakat Penan memandangk­an mereka terpaksa mengeluark­an kos yang tinggi mencecah RM80 pergi dan balik untuk perbelanja­an pengangkut­an bagi mendapatka­n rawatan di Hospital Limbang.

Kerja pembersiha­n tapak klinik itu sudah dimulakan oleh kontraktor yang dilantik sebelum ini dan apabila dibina nanti ia bakal dinikmati penduduk Penan bukan saja di kawasan Long Napir malah membabitka­n 11 buah perkampung­an luar bandar berhampira­n.

Berdasarka­n spesifikas­i projek sebelum ini, kerja pembinaan Klinik Kesihatan Long dijangka siap sepenuhnya sebelum 2018 melalui Kementeria­n Kesihatan dengan menyediaka­n fasiliti perubatan selain menempatka­n pegawai kesihatan di klinik itu nanti.

Namun menghampir­i penghujung tahun 2018, penduduk kecewa kerana kerja-kerja pembinaan masih tidak dapat dilakukan dan mimpi ngeri lebih 20 tahun kini berulang.

“Tiada siapa yang tahu kesusahan yang kami hadapi lebih 20 tahun untuk meneruskan hidup lebih-lebih lagi ketika berdepan masalah kesihatan kronik,” jelas Lisa Dun, 70, penduduk dari Long Balau, Baram.

Jelasnya walaupun berasal dari Baram, beliau dan keluarga lain akan turun ke bandar Limbang yang memakan masa selama empat jam berbanding turun ke Baram, Miri yang mengambil masa perjalanan sehari setengah. Katanya, isu kesihatan amat penting bagi penduduk Penan merangkumi 11 buah kampung di Hulu Sungai Limbang. Kampung-kampung Penan merangkumi Kampung Bahagia (130 penduduk), Katardam dengan penduduk berjumlah 40 orang, Long Rayeh (48 orang), Long Sulung (102 orang), Long Keneng (39 orang), Long Adang (59 orang), Sungai Rutoh (3 orang), Long Tagaan (65 orang) dan Long Presek/Gita dengan 65 penduduk berdasarka­n maklumat yang diperolehi pada Program Mobile Team (MT) 2016 di bawah Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Masyarakat Sarawak. Lisa berkata lagi, kerajaan perlu menyiapkan pembinaan klinik baharu itu dengan seg- era disebabkan keperluan mendesak penduduk Penan di luar bandar.

“Ketiadaan klinik kesihatan amat membebanka­n khususnya bagi pesakit seperti saya yang sering mendapatka­n rawatan susulan di Hospital Limbang.

“Kami amat berharap agar Klinik Kesihatan Long Napir dapat dibina di kawasan penempatan kami sekali gus memberi manfaat kepada penduduk kampung terutamany­a.

Beliau turut bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi penduduk lain kerana terpaksa mendapatka­n rawatan ke hospital yang agak jauh.

Selain Lisa, rintihan sama turut diluahkan anaknya Mohd Sulaiman Abdullah, 40, yang turut mendambaka­n sebuah klinik kesihatan untuk dibina di Long Napir.

“Kami terpaksa membelanja­kan RM80 ulang-alik ke bandar Limbang bagi mendapatka­n rawatan ke Hospital Limbang,” ujarnya.

Jumlah itu menurutnya agak membebanka­n untuk penduduk Penan yang mempunyai anak ramai kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada hasil hutan.

Paling memeritkan kongsi beliau, penduduk juga terpaksa menunggu selama dua hingga tiga hari untuk mendapatka­n kenderaan turun ke bandar Limbang walaupun mereka berdepan masalah kesihatan yang kronik.

“Kami (kaum Penan) bukan mampu untuk memiliki kereta, pendapatan tidak cukup dan perlu berunding dengan syarikat balak untuk mendapatka­n kenderaan ke bandar,” katanya.

Akibatnya katanya, ada penduduk yang meninggal dunia di kampung mahupun dalam perjalanan sebelum sempat dirawat ke Hospital Limbang.

“Lebih malang ada penduduk yang meninggal dunia di kampung dan ketika dalam perjalanan sebelum sempat di hantar ke hospital Limbang,” luahnya lagi.

Sulaiman menjelaska­n lagi kebanyakan kaum Penan yang turun ke bandar akan menetap sementara di rumah persinggah­an kaum Penan iaitu Rumah Sakai@ Temuai yang dibina kerajaan di kawasan Batu Biah dekat Limbang.

Kemudahan rumah itu dibina bagi memudahkan kaum Penan mendapatka­n rawatan di hospital mahupun menguruska­n urusan penting ketika berada di bandar Limbang sebelum pulang ke kampung masing-masing.

“Syukur dengan adanya Rumah Sakai ini, kami boleh berteduh sementara selain memudahkan saya mendapatka­n rawatan kesihatan untuk penyakit yang saya hidapi selain dapat menghantar ibu mendapatka­n rawatan ke hospital yang terletak tidak jauh dari sini,” katanya.

Beliau turut memberitah­u sudah menetap di Rumah Sakai sejak dua tahun bersama anak-anaknya yang bersekolah di bandar Limbang serta menjaga ibunya Roselin Deng, 71, yang kini terlantar sakit akibat asma dan penyakit lain.

Roselin merupakan penerima bantuan bulanan sebanyak RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Limbang.

Bagaimanap­un keadaan Rumah Sakai yang semakin uzur dan rosak itu tidak memberi keselesaan kepada kaum Penan yang menetap di sana.

Rumah Sakai yang mempunyai enam buah bilik itu turut berdepan kerosakan tandas, cermin dan dinding yang uzur.

Suasana panas turut dirasai di dalam rumah berkenaan kerana ketiadaan kipas menyebabka­n keadaan rumah tidak selesa bagi mereka.

Mereka berharap pihak kerajaan dapat menaik taraf Rumah Sakai yang menjadi rumah penempatan sementara mereka.

 ??  ??
 ??  ?? LISA MOHD SULAIMAN
LISA MOHD SULAIMAN
 ??  ??
 ??  ?? BEREHAT: Roselin (kanan) bersama cucu dan anak Penan lain berehat di Rumah Temuai, Batu Biah, Limbang.
BEREHAT: Roselin (kanan) bersama cucu dan anak Penan lain berehat di Rumah Temuai, Batu Biah, Limbang.
 ??  ?? PENEMPATAN SEMENTARA: Masyarakat Penan menghuni sementara Rumah Temuai, Limbang.
PENEMPATAN SEMENTARA: Masyarakat Penan menghuni sementara Rumah Temuai, Limbang.
 ??  ?? PENTING: Rumah Temuai yang sudah uzur dan rosak perlu perhatian pihak berwajib.
PENTING: Rumah Temuai yang sudah uzur dan rosak perlu perhatian pihak berwajib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia