Utusan Borneo (Sarawak)

DEMI MODAL INSAN SARAWAK

Pinjaman terus ditawar kepada pelajar diploma, ijazah yang diterima masuk ke i-CATS: KM

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak menawarkan pinjaman terus kepada pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak berkata, usaha itu dilakukan memandangk­an modal insan begitu penting untuk membangunk­an ekonomi negeri.

“Saya telah membuat keputusan bahawa setiap pelajar kita yang mengikuti kursus di i-CATS akan diberi pinjaman terus daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak.

“Ini bermakna setiap pelajar kita yang diterima masuk oleh i-CATS untuk kursus di peringkat diploma dan peringkat ijazah, Yayasan Sarawak akan memberikan pinjaman terus kepada mereka untuk meneruskan pengajian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS)/i-CATS Ke21 yang dihadiri Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin dan Pengerusi PPKS merangkap Presiden i-CATS Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, dengan demikian ia memudahkan para pelajar mendapatka­n tajaan atau pinjaman bagi meneruskan pengajian mereka.

“Dalam erti kata lain, anda tidak perlu susah payah memohon tajaan. Sebaik sahaja anda diterima ke iCATS, kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak akan memberi anda (pelajar) pinjaman terus,” katanya.

Sementara itu, beliau menggesa anak muda khasnya graduan di negeri ini agar memperting­katkan penguasaan bahasa Inggeris kerana ia amat penting.

Abang Johari berkata, diakui bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara dan ia terkandung dalam Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Namun penguasaan bahasa lain selain daripada bahasa Melayu turut menjadi aspek utama dalam membolehka­n seseorang graduan mempunyai kadar kebolehpas­aran yang tinggi.

“Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kepada peradaban ilmu seperti sains, perubatan malah sekarang menjadi bahasa perantara bagi ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0.

“Selaras dengan ini, para graduan seharusnya menguasai bahasa Inggeris bagi menghadapi peredaran masa dan keperluan pekerjaan sekarang,” tegasnya.

Tambahnya, para graduan seboleh-bolehnya tidak berasa kekok apabila perlu berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dalam aktiviti-aktiviti tertentu, termasuk mengikuti kursus mahupun seminar di peringkat antarabang­sa berkaitan dengan kerjaya mereka.

MIRI: Perjalanan pulang selepas mencari buah durian di kebun bertukar tragedi apabila perahu yang dinaiki sepasang suami isteri karam menyebabka­n seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Baram berdekatan Kampung Long Pilah petang kelmarin.

Mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali sebagai Lian Ngau, 55, dari Long Pilah Baram.

Sementara itu, isterinya berjaya menyelamat­kan diri setelah berpaut pada sebatang pokok.

Kejadian kira- kira jam 6.30 petang itu berlaku apabila perahu yang dinaiki suami isteri tersebut dibawa arus dan terlanggar sebatang kayu hanyut lalu karam.

Gerakan mencari awalnya telah dilakukan penduduk kampung sejurus dimaklumka­n sehinggala­h semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima maklumat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.20 pagi semalam.

“Sepasukan tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi diketuai Pegawai Bomba Abong dikerahkan ke lokasi pagi tadi ( semalam) menggunaka­n sebuah bot.

“Status pada jam 4.31 petang (semalam), pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi yang men- gambil masa lebih kurang tujuh ke lapan jam perjalanan dari Marudi bergantung kepada pasang surut air di tempat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Setakat berita ini ditulis pada jam 5 petang semalam, Law mengesahka­n mangsa dilaporkan masih belum ditemui.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an skrol kepada salah seorang graduan PPKS/i-CATS pada Majlis Konvokesye­n PPKS/i-CATS Ke-21 di BCCK, semalam. Turut kelihatan Abdul Aziz (kiri).
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an skrol kepada salah seorang graduan PPKS/i-CATS pada Majlis Konvokesye­n PPKS/i-CATS Ke-21 di BCCK, semalam. Turut kelihatan Abdul Aziz (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia