Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI CUBA TIPU, LARIKAN KERETA PELANGGAN DICEKUP

-

MIRI: Seorang lelaki bukan sahaja melarikan diri bersama wang RM300, malahan cuba melarikan sebuah kereta milik seorang pelanggan yang ingin membeli lampu motosikal daripadany­a.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira pada jam 12.30 tengah malam Selasa lepas apabila mangsa, seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun, berjanji untuk bertemu dengan suspek, 30, di depan sebuah sekolah rendah di Jalan Pujut 1.

Menurut sumber, suspek dipercayai melarikan diri menggunaka­n sebuah motosikal selepas menerima wang daripada mangsa tanpa memberikan lampu motosikal yang dijanjikan.

“Mangsa bersama rakannya telah mengejar suspek sehingga ke sebatang jalan berhampira­n dengan Hospital Miri dan suspek turut terjatuh setelah gagal mengawal motosikaln­ya.

“Ketika suspek ditahan, dia bertindak agresif dan kemudianny­a cuba melarikan diri menggunaka­n kereta mangsa namun perbuatann­ya itu berjaya dihalang,” kata sumber.

Disebabkan berlakunya pergelutan, suspek gagal mengawal kereta mengakibat­kan kereta terbabas dan mengalami kerosakan di bahagian hadapan, tepi kiri dan kanan serta bampar belakang.

Susulan itu, mangsa bertindak menghubung­i pihak polis bagi mendapatka­n bantuan untuk menangkap suspek.

Sepasukan anggota polis membuat tangkapan semula ke atas suspek dan suspek turut diberi rawatan di Hospital Miri akibat kecederaan yang dialaminya.

Dalam tangkapan itu, polis merampas sebuah motosikal yang ditunggang suspek yang disyaki motosikal curi.

 ??  ?? BERJAYA DIHALANG: Mangsa berjaya menyelamat­kan keretanya daripada dilarikan suspek.
BERJAYA DIHALANG: Mangsa berjaya menyelamat­kan keretanya daripada dilarikan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia