Utusan Borneo (Sarawak)

KESEMPITAN HIDUP KELUARGA MANGSA LETUPAN GAS MENYENTUH HATI

-

KUCHING: Tragedi yang menimpa Tchee Kiom Jong, 25, yang terkorban dalam insiden letupan gas di pusat beli-belah CityONE Selasa lepas, kian menyentuh hati susulan perkongsia­n video temu bual bapanya Tchee Fah Hin, 66, di Utusan Borneo Online.

Lebih menyedihka­n apabila video berdurasi kira-kira 11 minit itu turut memaparkan keadaan rumah mereka yang usang di Lorong 39, Jalan Stutong Baru di sini disebabkan kesempitan hidup.

Fah Hin yang ditemui pemberita semalam memberitah­u, anakanakny­a sudah berusaha untuk memperbaik­i kehidupan mereka termasuk mencuba pelbagai pekerjaan.

“Rumah ini sama umur dengan dia (Kiom Jong), memang sudah hampir roboh sebab kami bukan keluarga yang senang, anak-anak saya juga sudah berusaha dan buat macam-macam kerja untuk memperbaik­i kehidupan kami.

“Termasuk dia (Kiom Jong) yang sebelum ini pernah mencuba nasib di Singapura selama dua tahun, tetapi pulang selepas itu kerana mahu menjaga saya di sini selepas saya diserang penyakit (lemah kedua-dua kaki),” ujarnya.

Fah Hin berkata, mangsa juga pernah membuka gerai nasi ayam sebelum menyertai syarikat kerja-kerja perpaipan.

KUCHING: Simpati dengan kedaifan bapa seorang mangsa insiden letupan gas di CityONE Megamall, warga Internet dari Sarawak berusaha membantu meringanka­n beban dengan menguar-uarkan sumbangan kewangan.

Kedaifan keluarga Tchee Fah Hin, 66, bapa kepada Tchee Kiom Jong, 24, yang maut dalam insiden Selasa itu jelas kelihatan menerusi video Facebook Utusan Borneo Online, pada Rabu.

Video selama kira- kira 11 minit yang dimuat naik petang kelmarin memaparkan kediaman usang Fah Hin dan mendiang Kiom Jong yang didiami selama 25 tahun di Jalan Stutong Baru.

Kedaifan rumah tersebut yang dirakamkan dari luar dan dalam sangat menyentuh hari netizen tanpa mengira bangsa dan agama.

Sesiapa yang melihat video ini sudah pasti rasa simpati apabila ruang dapur dan perkakas rumah dalam keadaan usang dan lama.

Fah Hin yang sakit dan tidak dapat berjalan, tinggal di rumah usang itu bersama anaknya yang terkorban. Dua lagi anaknya, tinggal di rumah berasingan.

Syawal Nizam, seorang netizen yang membuat catatan di ruangan komen video, berkongsi nombor akaun bank abang mangsa, Tchee Kian Siang.

Dia berkata, “Kepada sesiapa yang menyumbang derma untuk meringanka­n beban keluarga mangsa khasnya anak Sarawak yang ingin menderma.”

No akaun - 2525013645­1 (Bank Hong Leong), Nama - Tchee Kian Siang (abang mangsa), Nombor telefon - 0165789924.

Syawal turut menulis, “Kita anak Sarawak saling membantu sama yang lain tidak kira latar belakang kita. Buat baik dibalas baik.”

Catatan mendapat 30 reaksi daripada pengguna Facebook pelbagai latar belakang kaum. Kesemuanya menunjukka­n semangat warga Sarawak bersatu padu dan saling membantu.

Ma Ry Lynn pula menulis, “Bila baca komen-komen orang dalam tok, ada pelbagai bangsa dan agama. Bertuah- nya hidup di tempat yang diberi nama Sarawak. Semua bersatu hati menghulurk­an bantuan kepada uncle, tidak kira bangsa dan agama.”

Dygku Nurul Najwa menulis, “Can we create 1 group? So this weekend kita boleh set masa pergi beramai-ramai ke sia hantar bantuan? I have his address. Dah contact abang mangsa.”

Daniel O’nell pula mengajak netizen yang berada di Kuching untuk memberi sumbangan dalam apa jua bentuk, ikut kemampuan.

Video temu ramah wartawan Utusan Borneo, Roy Emmor itu ditonton kira-kira 82,000 netizen, 511 komen, dikongsi 2,100 netizen, dan 2,200 reaksi setakat tengah hari semalam.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan simpati dan kesediaan menghulurk­an bantuan kepada Fah Hin.

Sarawak memang terkenal dengan semangat ‘anak Sarawak’ dalam apa jua situasi, lebih-lebih lagi dalam insiden begini.

Mendiang Kiom Jong, bekerja sebagai tukang paip, pada hari kejadian bertugas memastikan pemasangan paip air di kedai makanan NeNe Chicken sempurna sebelum premis itu dibuka kepada orang ramai pada Rabu.

Selain Kiom Jong, insiden itu turut meragut dua nyawa serta menyebabka­n mangsa lain cedera.

Utusan Borneo cuba mendapatka­n maklum balas daripada Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau difahamkan kini berada di luar negara.

 ??  ?? KONGSI KESEDIHAN: Dr Sim (kiri) menemui ahli keluarga Kiom Jong. SEDIH: Fah Hin ketika ditemui di rumahnya, semalam. USANG: Keadaan rumah keluarga mangsa yang usang di Lorong 39, Jalan Stutong Baru, Kuching.
KONGSI KESEDIHAN: Dr Sim (kiri) menemui ahli keluarga Kiom Jong. SEDIH: Fah Hin ketika ditemui di rumahnya, semalam. USANG: Keadaan rumah keluarga mangsa yang usang di Lorong 39, Jalan Stutong Baru, Kuching.
 ??  ?? MENYENTUH HATI: Tangkap layar menunjukka­n Fah Hin, bapa kepada mangsa insiden di CityONE, dalam video tersebut.
MENYENTUH HATI: Tangkap layar menunjukka­n Fah Hin, bapa kepada mangsa insiden di CityONE, dalam video tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia