Utusan Borneo (Sarawak)

Latihan uji kesiapsiag­aan hadapi krisis di LTAK

Serangan ‘pengganas’ antara babak menarik dalam Ex-Rampas LTAK 2018 disertai pelbagai agensi

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Serangan ‘pengganas’ di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) menjadi babak menarik dalam ExRampas LTAK 2018 yang diadakan bermula jam 4 petang semalam sehingga 2.20 pagi tadi.

Ini merupakan latihan kecemasan yang dijalankan oleh Malaysia Airports Berhad dengan kerjasama Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi keselamata­n lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

‘Insiden’ bermula apabila sekumpulan 10 ‘pengganas’ bersenjata­kan raifal dan pistol telah melepaskan tembakan secara rambang menyebabka­n orang awam bertempiar­an lari.

Dua ‘penumpang’ di hadapan pemeriksaa­n pas pelepas-

Latihan amali ini adalah untuk menguji keberkesan­an agensi-agensi terlibat dalam menghadapi krisis seperti itu.

an turut ‘terbunuh’ terkena tembakan dan dua anggota Keselamata­n Penerbanga­n ( AVSEC) yang bertugas cuba meminta bantuan turut ditembak.

Kumpulan ‘ pengganas’ terbabit juga menahan seramai 30 awam sebagai tebusan dan mengurung mereka di Bay 9, LTAK bagi menuntut pembebasan ketua ‘Gerila Pembebasan Borneo’ dari Penjara Puncak Borneo, selain turut meminta wang tunai AS$250 juta dan sebuah pesawat diisi minyak penuh serta juruterban­g.

Segalanya berakhir apabila penggempur­an telah dijalankan dan tiga ‘pengganas’ ditembak mati, tujuh ditangkap dan semua tebusan diselamatk­an.

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Ng Ah Lek pada sidang media sempena Ex-Rampas LTAK 2018 di kawasan letak kereta LTAK semalam, latihan tersebut adalah platform untuk menguji kesiapsiag­aan, respons dan tindakan agensi-agensi terlibat dalam menghadapi krisis ketenteram­an awam.

“Latihan amali ini adalah untuk menguji keberkesan­an agensi-agensi terlibat dalam menghadapi krisis seperti itu,” katanya.

Manakala, Pengurus Kanan LTAK Jun Iskandar Murshidi menyifatka­n latihan yang pertama kali diadakan di LTAK itu telah berjalan dengan lancar tanpa menjejaska­n operasi di lapangan terbang berkenaan.

“Tiada gangguan berlaku di mana operasi adalah terkawal dan jadual penerbanga­n juga tidak terjejas,” katanya.

Ex-Rampas LTAK 2018 bermula sekitar jam 9.30 pagi semalam, dengan mengadakan demonstras­i rusuhan oleh kira-kira 30 kakitangan sebuah syarikat penerbanga­n.

Rusuhan tersebut dilakukan kerana mereka tidak berpuas hati dengan tawaran yang diberikan oleh syarikat, namun tindakan mereka yang semakin agresif menyebabka­n polis terpaksa menurunkan pasukan Unit Pencegah Rusuhan Awam (PORU) bagi menyuraika­n mereka.

Ia disusuli dengan insiden ‘letupan’ di kawasan letak kereta LTAK pada sekitar jam 11.30 pagi yang menyebabka­n empat kakitangan pembersiha­n dan tiga anggota AVSEC telah ‘cedera’ dan seorang ‘meninggal dunia.’

ACP Ng Ah Lek KPD Kuching

 ??  ?? TINGKAT KESIAPSIAG­AAN: Anggota Unit Pencegah Rusuhan Awam (PORU) dikerah untuk menangani demonstras­i rusuhan yang dijalankan sempena Ex-Rampas LTAK 2018, semalam.
TINGKAT KESIAPSIAG­AAN: Anggota Unit Pencegah Rusuhan Awam (PORU) dikerah untuk menangani demonstras­i rusuhan yang dijalankan sempena Ex-Rampas LTAK 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia