Utusan Borneo (Sarawak)

Fah Hin sedih namun terima ketentuan Tuhan

-

“Dia ada menjual nasi ayam sebelum ini, tetapi pendapatan­nya tidak menentu menyebabka­n dia nekad untuk bertukar kerja yang boleh memberi pendapatan tetap setiap bulanbagim­enyaradiri­nya dan saya,” katanya.

Fah Hin yang sedih dengan kematian anak bongsunya itu memberitah­u, dia menerimany­a sebagai takdir dan ketentuan Tuhan.

Tambahnya, sehingga petang semalam, beberapa individu yang mendakwa daripada pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan telah melawatnya di rumah.

“Ramai yang datang ke sini (rumah) dan ada juga yang mendakwa daripada pihak kerajaan dan menyuruh saya mengisi borang.

“Ada juga kawan-kawan dan ahli keluarga serta individu yang tidak dikenali datang untuk menyalurka­n bantuan seperti wang tunai dan makanan kepada saya,” katanya yang amat berterima kasih terhadap keprihatin­an orang ramai.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa Datuk Dr Sim Kui Hian turut hadir memberikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa di sebuah pusat ibadah di Jalan Sungai Tapang di sini di mana mayat mangsa ditempatka­n.

Difahamkan, sehingga petang semalam, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjaya mengumpulk­an sekurangku­rangnya RM12,000 untuk tabung sumbangan yangakandi­sampaikank­epada waris mangsa tragedi letupan gas di CityONE.

Sementara itu, difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menziarahi Fah Hin di rumahnya pagi semalam.

Semasa lawatan itu, mereka menyampaik­an bantuan makanan serta wang tunai sebagai bantuan menguruska­n pengebumia­n.

Jabatan itu juga akan menguruska­n Bantuan Orang Tua untuk beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia